Harian Metro

LANCAR PENCARIAN AIRUL FIRHAM

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Persatuan Alumni Institusi Latihan Kemahiran

Belia dan Sukan (ILKBS) dijangka melancarka­n Pencarian Airul Firham dalam kalangan pelajar dari 22 Institusi di bawah selian Bahagian Pembanguna­n Kemahiran Belia (BPKB).

Ketua Pengarah BPKB Dr Wasitah Mohd Yusof dalam pertemuan dengan Presiden Alumni ILKBS Samsudin Oli Mohamed berkata, pencarian Airul Firham dirancang selepas pertemuan dengan Alumni IKBN Peretak iaitu Airul Firham Che Amran.

Airul Firham anak kelahiran Perlis mendapat pingat pertama Malaysia dalam WorldSkill­s Competitio­n di Sao Paulo, Brazil pada 2015.

Calon atau Ikon Kemahiran Belia dalam kalangan pelajar daripada 22 ILKBS iaitu masingmasi­ng lapan dari Institusi Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), 13 Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan sebuah Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) akan dicari dan digilap supaya ILKBS akan terus melahirkan ikon seperti Airul Firham.

“Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) berharap lebih ramai Ikon Kemahiran Belia seperti Airul dapat dilahirkan seiring penekanan dalam bidang kemahiran oleh kerajaan,’ katanya.

Dr Wasitah juga mengadakan pertemuan dengan Airul Firham.

Selain memenangi pingat dalam WorldSkill­s Competitio­n di Sao

Paulo, Airul Firham juga pemegang Malaysia Book of Records (MBOR) dan pernah menerima Anugerah Khas daripada Menteri Belia dan Sukan sempena Konvokesye­n ILKBS.

Terdahulu ketika pertemuan dengan Airul Firham, Dr Wasitah turut berbincang dan membuka beberapa peluang kepada anak kedua daripada dua beradik itu untuk bekerjasam­a dalam merealisas­ikan pencarian Airul Firham.

Sementara itu, Samsudin berterima kasih kepada Ketua Pengarah BPKB KBS kerana sentiasa memberi sokongan kepada Persatuan Alumni ILKBS untuk bergerak aktif dalam perancanga­n yang diatur.

‘Kami berharap sokongan ini dapat menyuntik semangat untuk meneruskan usaha kami untuk mengumpul Alumni ILKBS.

“Seterusnya bekerjasam­a dengan

BPKB dalam membantu meletakkan Alumni ILKBS standing dengan alumni institut pengajian tinggi dan organisasi lain,” katanya.

 ??  ?? AIRUL Firham (enam dari kanan) dan Ketua Pengarah BPKB Dr Wasitah Mohd Yusof (tujuh dari kanan) bersama
staf alumni ILKBS .
AIRUL Firham (enam dari kanan) dan Ketua Pengarah BPKB Dr Wasitah Mohd Yusof (tujuh dari kanan) bersama staf alumni ILKBS .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia