Harian Metro

Lepasan UPSI dipelawa kembali lanjut pengajian

-

Dr Md Amin berkata universiti berbangga dengan pelajar yang gigih dan berjaya menamatkan pengajian selama empat tahun walaupun menghadapi pelbagai cabaran.

“Saya berkongsi kegembiraa­n bersama keluarga anda yang selama ini banyak berkorban demi melihat anda berjaya menggengga­m segulung ijazah,” katanya.

Namun, katanya, graduan perlu sentiasa mengenang segala jasa ibu bapa selain tidak melupakan jasa pensyarah dan universiti sebagai tempat menimba ilmu.

Dr Md Aminn berkata, UPSI menerusi Pusat Alumni pimpinan Dr Izwan Shahril merancang pelbagai program dan kaedah yang bermanfaat untuk alumni UPSI.

Pusat Alumni, katanya, dalam proses menyediaka­n Kad Alumni yang memberi peluang kepada alumni menikmati pelbagai kemudahan selain menawarkan kemudahan potongan gaji untuk disumbangk­an kepada universiti.

“Penambahba­ikan akan ditingkatk­an supaya alumni mendapat pelbagai faedah dengan memiliki Kad Alumni nanti apabila pelaksanaa­nnya bermula,” katanya.

“Sebagai alumni, saya berharap graduan akan kembali menyumbang kepada universiti apabila memperoleh pekerjaan sebagai tanda ingatan, kasih sayang dan menyokong pembanguna­n universiti,” katanya.

Beliau turut menyaranka­n graduan kembali melanjutka­n pengajian di UPSI hingga ke peringkat tertinggi memandangk­an universiti itu satusatuny­a universiti pendidikan terulung negara ini.

Seramai 5,182 graduan menerima ijazah dan diploma pada majlis konvokesye­n yang berlangsun­g dalam enam sesi di Dewan Tuanku Canselor UPSI.

Daripada jumlah itu, 101 graduan menerima ijazah doktor falsafah (PhD), ijazah sarjana (1,260), ijazah sarjana muda (2,785) dan diploma (1,036).

 ??  ?? MD Amin (tengah) bermesra dengan keluarga graduan.
MD Amin (tengah) bermesra dengan keluarga graduan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia