Harian Metro

Komitmen kunci kejayaan caklempong ASIS

-

DARI MUKA N31

Minat bermain alat muzik sejak tahun 5 membuatkan Hilman terus menunjukka­n bakat bermain caklempong dan menganggap permainan itu mempunyai persamaan dengan piano iaitu daripada aspek susunan not.

“Boleh bermain piano adalah bonus kepada saya untuk terus membabitka­n diri dalam caklempong. Tidak dinafikan, susunan notnya hampir sama dengan piano. Ia memberi kelebihan kepada saya kerana sejak berusia 11 tahun, saya sudah memasuki kelas piano.

“Apa yang membezakan caklempong dan piano hanyalah cara menghasilk­an bunyi.

Bagi mengeluark­an bunyi caklempong, kita perlu mengetuk menggunaka­n kayu sementara piano menggunaka­n jari tangan,” katanya sambil memaklumka­n banyak menonton video caklempong untuk menghasil dan menggubah lagu sedia ada.

Katanya, dalam banyak lagu yang dimainkan menggunaka­n caklempong, lagu berjudul Bugih Lamo antara yang paling senang dipersemba­hkan dan TikoTiko paling susah kerana temponya sangat laju.

“Kami tidak mengambil masa yang lama untuk menggubah Bugih Lamo dan setakat ini, sudah 60 lagu digubah.

“Semestinya, kami ingin membawa caklempong ke seluruh Malaysia dan mereka yang ingin bermain caklempong perlu mempunyai minat,” katanya.

Berbeza pula dengan rakannya, Muhamad

Hazim Mohd Nabil, 14, yang langsung tidak mempunyai kemahiran asas mengenai alat muzik itu.

“Masuk ASIS baru saya tahu bermain caklempong dan mahu memartabat­kan budaya seni tradisi tempatan. Saya memilih caklempong kerana tidak ramai orang yang bermain alat ini. Ramai yang kurang mengenali caklempong.

“Golongan muda khususnya tidak suka kepada alat muzik tradisiona­l termasuk caklempong. Jika bukan kita, siapa lagi yang mahu mengekalka­n alat muzik tradisiona­l ini,” katanya sambil memberitah­u akan mengikuti latihan tiga kali seminggu.

Anak kelahiran Kota Damansara, Selangor ini berkata, dia mengakui masih terdapat kekurangan dari aspek ketepatan ketukan, kepantasan pergelanga­n tangan dan keseragama­n melodi.

Diberi tanggungja­wab bermain ketereh iaitu alat yang paling depan sekali dalam permainan caklempong, katanya, kepantasan dan

 ??  ?? KETENGAHKA­N persembaha­n
terbaik.
KETENGAHKA­N persembaha­n terbaik.
 ??  ?? INGIN perkenalka­n caklempong ke luar negara.
INGIN perkenalka­n caklempong ke luar negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia