Harian Metro

Belahan mudahkan proses menyabun

-

“Saya dilahirkan dalam keluarga sederhana. Mak adalah suri rumah yang aktif berniaga produk kesihatan secara kecil-kecilan dan abah pula berniaga ikan dan sayur. Dua anak lelaki saya, Adam Amzar, 6, dan Addin Al Rayyan, 4.

“Melihat kepada kehidupan lalu, saya memang dilatih berniaga secara tidak sengaja oleh abah dan mak. Sejak sekolah rendah saya dan adik berniaga pada waktu rehat. Ketika di sekolah menengah pula, saya banyak menghasilk­an produk kraf dan mendapat sambutan daripada rakan sekolah.

“Sehinggala­h menyambung belajar di institusi pengajian tinggi (IPT), barulah saya tinggalkan sekejap bidang perniagaan kerana mahu fokus kepada pelajaran,” katanya.

Jelas Siti Hawa, pada waktu itu, pelajar belum didedahkan kepada perniagaan secara dalam talian dan berniaga sambil belajar secara meluas. Dalam sibuk mengejar segulung ijazah, Siti Hawa mencuri peluang, mempelajar­i selok-belok perniagaan dan pemasaran menerusi Kursus Keusahawan­an MARA.

Setiap kali cuti semester, pelajar lain akan pulang ke pangkuan keluarga. Namun, Siti Hawa nekad untuk berada di kampus, menghabisk­an kursus yang diikuti. Dari situlah, wanita ini semakin bersemanga­t meneroka bidang keusahawan­an.

“Tamat belajar pada

2009, saya mendapat kerja dalam bidang pelanconga­n di Ipoh bersama Tourism Perak. Pada masa sama, saya menjual tudung dan selendang. Waktu itu, kedua-duanya belum popular sebagaiman­a hari ini. Perniagaan dalam talian juga belum rancak.

“Sehinggala­h saya ditawarkan memiliki butik tudung sendiri dan berhenti kerja. Siapa tahu, ruparupany­a rancangan itu tidak berjaya. Saya gagal kerana wujud perselisih­an dengan rakan kongsi. Sementara keluarga pula mendesak saya kembali mencari pekerjaan tetap,” katanya.

Mungkin sudah tersurat rezeki, Siti Hawa kemudian ditawar bekerja sebagai pegawai bank di ibu kota Kuala Lumpur. Sepanjang empat tahun mengenal dunia perbankan, dia tidak pernah berhenti mencari produk sesuai untuk dijadikan sumber, buat menjana pendapatan sampingan.

“Kemudian saya berpindah ke Ipoh mengikut suami pada 2014. Di sinilah bermulanya penghijrah­an saya. Jodoh yang ditentukan Allah SWT putus pada usia saya 30 tahun dan mempunyai dua anak. Saya berhenti kerja dan berniaga dalam bidang kecantikan.

“Terlalu banyak cabaran yang terpaksa dilalui.

Ditipu aktivis badan bukan kerajaan (NGO) dan usahawan lain. Duit simpanan habis digunakan untuk menyelamat­kan perniagaan. Hutang menimbun. Nama pula disenarai hitam kerana tidak mampu menjelaska­n hutang.

“Saya juga pernah menceburi perniagaan berkonsepk­an pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dan menjual produk kesihatan serta kecantikan. Dugaan datang lagi, duit tak ada, pekerja bermasalah dan spa terpaksa ditutup!

“Di saat jatuh dan tanpa sesiapa di sisi, saya kembali kepada Yang Maha Esa. Saya minta Allah SWT tunjukkan jalan. Saya tidak ada duit, tetapi mahu berniaga dan ada produk sendiri,” katanya.

Menurut Siti Hawa, harapannya ketika itu hanyalah mahu menghasilk­an produk mudah, tanpa memerlukan sebarang pengesahan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), halal dan mudah dipasarkan ke semua negara.

“Kebetulan waktu itu saya mengamalka­n mandian garam bukit untuk menaikkan semula semangat dan terapi jiwa, saya mula terfikir pentingnya kain basahan yang selesa, mengikut saiz tubuh ketika mandi.

Kata Siti Hawa, orang sepertinya memang sukakan cabaran dan mencipta idea kreatif, baru serta berfikiran di luar kotak. Malah, itulah sebenarnya kriteria dan tanggungja­wab usahawan.

“Saya bukan setakat mahu membantu ramai orang menyelesai­kan masalah mereka tetapi mencari nilai tambah untuk diri. Bukan mudah untuk berubah dari seorang yang negatif kepada positif dan berpandang­an jauh. Semua ini memberi kepuasan besar kepada diri sendiri,” katanya. -Intan Mas Ayu Shahimi

 ??  ?? KETIKA jelajah Kain Kemban Back To Sunnah.
KETIKA jelajah Kain Kemban Back To Sunnah.
 ??  ?? SITI Hawa bersama anak tersayang.
SITI Hawa bersama anak tersayang.
 ??  ?? KAIN kemban dihasilkan.
KAIN kemban dihasilkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia