Harian Metro

Keputusan tinggal kerjaya juruteknik berbaloi

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Tidak hairan jika ada wanita mengambil keputusan mengorbank­an kerjaya untuk berniaga kek dari rumah. Malah ramai golongan ibu hari ini melakukann­ya dengan alasan mahu memiliki lebih waktu bersama anak, mengecilka­n saiz perbelanja­an pergi dan balik ke pejabat serta mengembang­kan bakat dalam dunia pastri.

Itulah keputusan diambil Syahadi Mohamad Arif, 39, kira-kira 14 tahun lalu. Walaupun ketika itu dia masih bujang, pemegang Diploma Kejurutera­an Elektrik ini nekad meninggalk­an kerjaya sebagai juruteknik demi meneruskan minat dalam pembuatan kek.

Menurut anak kedua daripada empat beradik ini, dia tidak mempunyai sebarang ilmu asas dalam pembuatan kek mahupun pastri, tetapi mempunyai pengalaman membekalka­n makanan ke hospital.

“Saya terjun ke bidang ini kerana minat. Ketika masih bekerja, saya sudah mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan membekalka­n roti dan kek kepada tiga hospital sekitar Lembah Klang.

“Pada masa sama, saya juga mengambil kursus jangka pendek menerusi penulis blog luar negara dan belajar bagaimana menghasilk­an kek keju enak serta berkualiti. Hanya bersandark­an daripada pengalaman itulah, saya memberanik­an diri untuk berniaga,” katanya.

Bercerita mengenai minatnya terhadap manisan, Syahadi berkata, ibunya memang suka membuat kuih. Manakala dia pula sukakan karipap sardin hasil air tangan wanita paling disayangi itu.

“Memang asal minat daripada mak. Memandangk­an karipap sardin cukup susah untuk dibuat, suatu hari mak cadangkan supaya saya mencuba sendiri. Dua ke tiga minggu juga saya mengambil masa untuk buat sampai jadi. Sejak

 ??  ?? SYAHADI berjaya membuktika­n minatnya mampu menjadi kerjaya.
SYAHADI berjaya membuktika­n minatnya mampu menjadi kerjaya.
 ??  ?? KEK keju tular yang dihasilkan.
KEK keju tular yang dihasilkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia