Harian Metro

Hael ada lagu baru

Akan pastikan karya itu mesra telinga dan segar

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Selepas kejayaan lagu Jampi, pastinya peminat Hael Husaini kini menantikan buah tangan baru setanding dengan karya itu.

Oleh itu, pemilik nama sebenar Hal Husaini Ramzi, 29, menggalas tanggungja­wab lebih besar untuk tampil dengan single lebih hebat.

Bagaimanap­un, Hael tidak melihat perkara itu sebagai beban sebaliknya menjadikan­nya pemangkin semangat.

“Saya faham peminat mahukan lagu yang lebih ‘gempak’. Ketika menghasilk­an Jampi, saya tidak pernah meletakkan harapan tinggi.

“Kejayaanny­a di luar jangkaan dan saya bersyukur kerana percaturan berjaya. Pendekatan sama saya gunakan untuk lagu baru,” katanya.

Hael mengakui ada material baru dalam simpananny­a namun belum menetapkan bila akan dilancarka­n.

Menurut Hael, dia akan terus rancak mempromosi­kan Jampi memandangk­an lagu itu menjadi periuk nasi utamanya buat masa ini.

“Saya gembira apabila tawaran persembaha­n tidak pernah putus. Saya pun semakin seronok beraksi di atas pentas dan sangat berpuas hati apabila penonton terhibur serta turut sama menyanyi.

“Selagi Jampi masih menerima sambutan luar biasa dan peminat mahu mendengarn­ya, saya akan terus mempromosi­kannya,” katanya.

Berbicara lanjut perihal lagu baru, Hael berkata dia akan memastikan karyanya itu mesra telinga dan segar.

“Apa yang boleh saya katakan, lagu ini unik. Saya memang sukakan kelainan kerana mahu peminat ingat lagu saya.

“Kalau boleh biarlah lagu ini dapat diterima semua orang,” katanya.

Setakat ini, video lirik Jampi berjaya mencecah tontonan lebih 22 juta di YouTube dan turut layak ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 32.

Awal tahun ini, Hael mengambil keputusan bergerak solo selepas mengumumka­n pengundura­nnya daripada duo Azhael. Percaturan­nya itu menjadi apabila karier solonya mendapat sokongan peminat.

 ?? FOTO ?? RIFAEE ISA (INSTAGRAM: @RIFAEE_ISA)
FOTO RIFAEE ISA (INSTAGRAM: @RIFAEE_ISA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia