Harian Metro

Kejutan buat Kugiran Masdo

-

Peminat Hujan tetap setia menanti persembaha­n kumpulan itu di Pesta Soundvalle­y kelmarin biarpun vokalisnya, Noh tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan.

Berikutan itu, Hujan pada saat akhir menjemput kumpulan Kugiran

Masdo untuk membuat persembaha­n bersama di konsert yang berlangsun­g di MAEPS, Serdang.

Menurut pemain bass Hujan, Izzat Uzaini, Noh tiba-tiba jatuh sakit ketika dalam perjalanan ke majlis pernikahan­nya di Shah Alam.

“Noh terpaksa mendapatka­n rawatan di hospital menyebabka­n dia tidak dapat membuat persembaha­n di Pesta Soundvalle­y.

“Kami juga tidak boleh membatalka­n persembaha­n, jadi kenalah berkongsi pentas dengan Kugiran Masdo,” katanya.

Ujar Izzat, sebaik tamat resepsi perkahwina­nnya, pada sebelah petangnya dia bergegas ke studio untuk membuat persiapan bersama Masdo.

Vokalis Kugiran

Masdo, Ali Sariah berkata, jemputan itu cukup mengejutka­n dan memilih untuk menyanyika­n beberapa lagu Hujan.

“Bagi saya ini peluang yang tidak harus dipersiasi­akan. Meskipun diundang pada saat akhir, syukur segalanya berjalan lancar,” katanya.

Kugiran Masdo yang turut dianggotai Putuceri, Ambobzeela dan Mawi pernah membuat persembaha­n pada acara ulang tahun ke-10 Hujan tahun lalu.

Pada konsert Pesta Soundvalle­y, dua kumpulan itu mendendang­kan empat lagu Kugiran Masdo yang berjudul Teruna Dara, Malam Pesta Rock and Roll, Berchanda dan Bunga.

Kemudian, mereka meneruskan persembaha­n

Dijemput adakan

persembaha­n bersama Hujan di Pesta Soundvalle­y, MAEPS berikutan Noh

jatuh sakit tiba-tiba

dengan menyampaik­an lima lagu hit Hujan iaitu Ahmoi Chantek, Gundah, Pagi Yang Gelap, Aku Scandal dan diakhiri dengan Bila Aku Sudah Tiada.

Ketika menyampaik­an lagu Hujan, Ali berkalikal­i meminta maaf kepada peminat kerana bimbang gagal memberikan persembaha­n memuaskan.

“Saya minta maaf kalau nyanyi lagu Hujan tidak sedap. Saya cuba buat yang terbaik.

“Kalian tidak tahu betapa gemuruh bermain lagu Hujan yang diminati ramai,” katanya.

Selain Hujan,

Pesta Soundvalle­y turut dimeriahka­n dengan persembaha­n kumpulan Bunkface yang menghiburk­an penonton dengan sembilan lagu.

 ??  ?? PERSEMBAHA­N kumpulan Bunkface.
PERSEMBAHA­N kumpulan Bunkface.
 ??  ?? KUMPULAN Hujan dan Kugiran Masdor.
KUMPULAN Hujan dan Kugiran Masdor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia