Harian Metro

Ujian berat Azman Idris

- Rodly Fadly am@hmetro.com.my

Penyanyi pernah popular dengan lagu Zuraidah disahkan hidap kanser tahap empat

Sekian lama menyepi, penyanyi Azman Idris yang suatu ketika dulu popular dengan lagu Zuraidah kini sedang melalui ujian berat apabila disahkan menghidap kanser tahap empat.

Menurut isterinya, Madinah Abu Bakar, sudah lebih sebulan Azman terlantar di hospital. Bermula di Hospital Kulim, Kedah kini dia dipindahka­n ke Hospital Besar Pulau Pinang (HBPP).

Walaupun keadaannya stabil, penyanyi berusia 57 tahun itu kini mengalami kesukaran untuk berjalan sehingga perlu dipapah.

“Azman mula berdepan masalah kesihatan apabila mengalami bengkak kaki kiri kira-kira sebulan lalu. Pemeriksaa­n dilakukan di Hospital Kulim mengesahka­n dia menghidap kanser tahap empat.

“Selama sebulan dia terlantar di Hospital Kulim sebelum dirujuk ke Hospital Besar Pulau Pinang pada minggu lalu. Kini doktor sedang memantau tahap kansernya dan dijangka perlu menjalani kemoterapi tidak lama lagi,” kata Madinah.

Madinah berkata, sebelum ini Azman tiada tanda tidak sihat serta aktif membuat persembaha­n sebagai penyanyi tetap sebuah restoran di Kulim sejak enam tahun lalu.

“Berita yang diterima ini agak mengejutka­n kami dan sedikit sebanyak menyentap semangatny­a. Tapi, kami reda dengan ujian Allah serta tidak pernah berputus harap meneruskan rawatan.

“Apabila keadaan jadi begini, sedikit sebanyak ia menjejaska­n kehidupan kami. Namun, saya bersyukur majikan Azman masih terus membayar gaji walaupun dia sudah tidak membuat persembaha­n di sana.

“Cuma, kini kami memerlukan kos tambahan untuk urusan rawatannya. Malah, kami bercadang untuk membawa lima anak yang selama ini menetap bersama keluarga saya di Sarawak untuk tinggal di sini (Semenanjun­g), supaya lebih dekat dengan kami,” katanya.

Menurut Madinah, setakat ini mereka tidak menerima sebarang sumbangan daripada mana-mana pihak namun mengakui Persatuan Karyawan Malaysia dan Yayasan Artis 1Malaysia ada bertanya khabar.

Hasil perkahwina­n dengan Madinah, Azman dikurniaka­n enam anak berusia empat hingga 19 tahun.

Penyanyi itu juga mempunyai seorang anak berusia 32 tahun hasil perkahwina­n terdahulu.

Sepanjang pembabitan sebagai artis rakaman, Azman menghasilk­an tiga album solo iaitu Zuraidah, Dilamun Rindu dan

Kembali serta album Akan Ku Bahagiakan Hidupmu bersama Kumpulan Angka (Digital).

Namun, satu-satunya lagu menjulang nama Azman adalah Zuraidah yang pernah bersaing dengan lagu Rindu Bayangan (Carefree) mengunggul­i rancangan carta lagu popular di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Sementara itu, rakan Azman yang juga pemilik restoran yang menjadi tempat penyanyi itu mencari rezeki, Roslan Zainol Abidin memberitah­u, pihaknya dengan kerjasama Karyawan dan Northwind Intelec akan menganjurk­an persembaha­n pada 3 Disember 2017 bertujuan mengutip derma bagi membantu Azman

“Beberapa kumpulan muzik dan artis akan membuat persembaha­n di Monrods bermula jam 2 petang hingga jam 12 malam. Kami tidak akan mengenakan sebarang bayaran masuk sebaliknya pengunjung digalakkan memberi sumbangan seikhlas hati untuk membantu Azman,” katanya.

Roslan juga berharap lebih banyak pihak tampil untuk menjayakan persembaha­n amal itu.

 ??  ?? SEMASA sihat Azman aktif membuat persembaha­n.
SEMASA sihat Azman aktif membuat persembaha­n.
 ??  ?? LAGU Zuraidah meledakkan nama Azman di persada seni.
LAGU Zuraidah meledakkan nama Azman di persada seni.
 ??  ?? AZMAN ditemani isterinya, Madinah di HBPP.
AZMAN ditemani isterinya, Madinah di HBPP.
 ??  ?? ROSLAN (kiri) anjur showcase untuk bantu Azman.
ROSLAN (kiri) anjur showcase untuk bantu Azman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia