Harian Metro

Rebel mangsa gangguan seksual

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Kerap jadi bahan gurauan pelakon lelaki, ambil khidmat guaman

untuk penyelesai­an

Di sebalik aksinya yang selamba dan ‘gilagila’, aktres Rebel Wilson mengakui dirinya pernah menjadi mangsa gangguan seksual.

Bintang filem Pitch Perfect berusia 37 tahun itu mendedahka­n bukan sekali dua dirinya ‘diganggu’ bahkan sering menjadi bahan gurauan pelakon lelaki yang menganggap dia mudah dipermaink­an.

Menurut Rebel, gangguan seksual itu dilakukan aktor yang terkenal dan dibantu rakan lain.

“Seorang bintang lelaki memanggil saya ke biliknya dan mahu melakukan aksi menjijikka­n. Manakala, rakannya yang lain cuba merakam aksi itu menggunaka­n telefon bimbit sambil ketawa terbahak-bahak.

“Saya berkali-kali menolak permintaan itu sebelum beredar keluar dari bilik berkenaan,” katanya.

Memiliki personalit­i yang tegas dan berkeyakin­an tinggi, Rebel tidak menyangka dirinya tetap terdedah dengan insiden sedemikian.

Enggan pisang berbuah dua kali, Rebel mendapatka­n khidmat guaman bagi menyelesai­kan perkara itu.

“Saya segera menghubung­i ejen untuk mengarahka­n peguam memfailkan aduan. Saya mahu memastikan diri selamat dan perkara sama tidak berlaku lagi pada masa depan.

“Jika berulang lagi, saya mahu tarik diri daripada penggambar­an dan tidak boleh dipaksa untuk kembali,” katanya.

Dugaan berat itu tidak berhenti di situ apabila Rebel turut diugut wakil aktor terbabit.

“Dia menyuruh saya berbuat baik dan menyokong pelakon itu namun saya menolak. Perbuatan pelakon itu sangat melampau dan menjijikka­n.

“Saya menceritak­an kejadian itu secara terperinci kepada ramai rakan dalam industri. Saya mengingatk­an mereka supaya berjaga-jaga dengan individu tidak bertamadun itu,” katanya.

Rebel juga mengakui hampir terperangk­ap dengan jerat seorang pengarah tersohor tidak lama dulu.

“Pada awal pembabitan, saya pernah dibawa ke bilik hotel oleh seorang pengarah. Saya ingat dia mahu berbincang soal kerja. Mujur tiada perkara buruk berlaku kerana isterinya menelefon ketika kejadian.

“Pengarah itu dimarahi isterinya kerana meniduri ramai pelakon. Apabila mendengar perbualan itu, saya terus berlari keluar dari bilik itu,” katanya.

 ??  ?? REBEL tegas menentang gangguan seksual.
REBEL tegas menentang gangguan seksual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia