Harian Metro

Lukisan RM110,000

-

Kuala Lumpur: Lukisan istimewa yang dihasilkan pelukis tersohor negara, Awang Damit Ahmad berjaya dijual pada harga RM110,000 pada sesi lelongan di Galeri Prima, Balai Berita The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), semalam.

Karya akrilik berjudul EOC Series 1988 itu antara 200 hasil seni dan artifak peranakan yang dipamer di Galeri Prima sejak kelmarin untuk tujuan lelongan.

Selain itu, karya pelukis tempatan lain seperti Patrick Ng Kah Onn, Datuk Mohd Hoessein Enas dan Zulkfli Yusoff turut dilelong pada acara yang sama.

Karya menarik Khalil Ibrahim pula berjaya dijual pada harga lelongan RM100,000 manakala naskhah Cheong Laitong berjudul Untitled berusia 48 tahun juga dijual pada harga lelongan RM70,000.

Turut dilelong pada sesi lelongan petang semalam adalah hasil karya artis dari Indonesia seperti Heri Dono, Kartika Affandi dan Nyoman Gunarsa serta dari Singapura iaitu Choy Weng Yang dan Kumari Nahappan.

Dalam pada itu pada sesi pagi, lelongan tertumpu kepada barangan artifak peranakan yang bernilai tinggi.

Ketua Pegawai Operasi Henry Butcher Asset Auctioners (HBAA), Tan Chee Meng berkata, lelongan kali ini bertemakan Treasures of The Peranakans/Straits Chinese-The Journey Continues.

“Dengan bantuan pihak kurator serta pakar peranakan, Henry Bong dan CN Liew, pihaknya berjaya mengumpul lebih 97 barangan artifak peranakan.

“Menerusi lelongan ini, pengumpul barangan antik boleh memiliki pelbagai barangan seperti barang kemas, pinggan serta mangkuk porselin yang sukar ditemui dan bernilai tinggi,” katanya.

 ??  ?? ANTARA barangan peranakan yang dilelong.
ANTARA barangan peranakan yang dilelong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia