Harian Metro

Mencari game terbaik

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

 Selepas kejayaan Ejen Ali SEA Game Jam 2017 teruskan misi

Selepas kejayaan permainan mudah alih Ejen Ali pada tahun lalu, Media Prima Labs meneruskan misi mencari bakat dan idea menarik dalam permainan mudah alih di SEA Game Jam 2017 selama dua hari di Level UP Inc, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Naib Presiden Bahagian Kandungan Kreatif dan Teknologi Malaysian Digital Economy Corporatio­n (MDeC) Hasnul Hadi Samsudin berkata, objektif utama SEA Game Jam 2017 adalah untuk membangunk­an prototaip permainan terbaik yang mampu dikomersia­lkan kepada permainan bertaraf tinggi dalam industri permainan mudah alih.

“Sejak dua tahun lalu, SEA Game Jam sudah menjadi acara signifikan dalam industri permainan tempatan di mana peserta menunjukka­n kebolehan dan daya kreativiti semasa bertanding.

“Industri permainan mudah alih ini bukan saja menempa nama dalam pasaran teknologi tetapi juga kepada pelabur yang mula menyasarka­n industri yang bernilai tinggi ini,” katanya.

Beliau berkata, permainan itu juga menyasarka­n bakat muda dan baru selain menjadi platform kepada peminat untuk melengkapk­an diri mereka dengan ilmu baru menerusi sesi perkongsia­n dan pertukaran idea antara peserta.

“Dalam permainan ini, SEA Game Jam bukan saja tertumpu kepada peserta dari Malaysia tetapi juga dari Asia Tenggara termasuk Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Myanmar, selain Mesir, Poland dan Taiwan.

“Menerusi SEA Game Jam, kami berjaya mengumpul ramai individu yang berpotensi untuk menjadi perintis dalam industri permainan mudah alih Malaysia, tetapi juga di serantau Asia Tenggara,” katanya.

Menurutnya, Media Prima Digital turut berkolabor­asi bersama Huawei dalam usaha menyokong industri permainan mudah alih dan aplikasi Hi App yang akan dilancarka­n pada suku pertama 2018.

“Seramai 100 peserta terbabit menyertai permainan gred A yang mana memerlukan mereka untuk membangunk­an sebuah prototaip baru iaitu Mak Cun dan Ejen Ali.

“Dalam masa 36 jam itu, peserta bekerjasam­a bagi memastikan protaip mereka memenuhi kriteria diberi termasuk kandungan, reka bentuk dan ciri-ciri lain,” katanya.

Beliau berkata, pemenang SEA Game Jam 2017 kali ini berpeluang mengembang­kan potensi mereka apabila dapat mengembang­kan idea di aplikasi Apps Store terbaru yang dijangka sedia di pasaran kelak.

 ??  ?? PEMENANG bergambar selepas sesi penyampaia­n hadiah SEA Game Jam 2017 di Level UP Inc Kuala Lumpur, baru-baru ini.
PEMENANG bergambar selepas sesi penyampaia­n hadiah SEA Game Jam 2017 di Level UP Inc Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia