Harian Metro

Si kenit berjiwa besar

- BERNAMA

 Gadis kerdil dinobat penerima Anugerah Pencapaian Khas Akademik UIAM

Kekurangan fizikal tidak mematahkan semangat seorang gadis genit kurang upaya (OKU) untuk melakar kejayaan dan dinobatkan penerima Anugerah Pencapaian Khas Akademik pada Majlis Konvokesye­n Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) ke- 33 di sini, semalam.

Nurina Mohd Suhili, 23, lulusan Fakulti Seni Bina dan Reka Bentuk Persekitar­an UIAM yang dilahirkan kerdil berkata, beliau mahu menjadi inspirasi kepada anak muda untuk cemerlang dalam kehidupan.

“Tipulah kalau saya kata saya tak rendah diri… pernah terfikir kenapa saya tak macam mereka? Kakak kembar saya dilahirkan dengan saiz macam orang lain, ibu bapa saya juga bukan orang kerdil, mereka semua normal.

“Emak pesan agar yakin dan reda dengan pemberian Allah. Sejak dulu saya berazam mahu jadi lebih baik daripada kakak (kembar) yang kini belajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor... dia pembakar semangat saya,” katanya antara 5,165 graduan menerima ijazah masing-masing pada konvokesye­n itu.

Nurina ditemui selepas menerima anugerah khas berkenaan yang disampaika­n Presiden UIAM Tan Sri Dr Rais Yatim pada sesi pertama konvokesye­n yang berlangsun­g tiga hari bermula semalam di Dewan Utama Pusat Kebudayaan UIAM, Kampus Gombak.

Nurina berkata, sebagai seorang yang dilahirkan kerdil, pelbagai cabaran perlu dihadapi apabila keluar rumah dan bertemu orang ramai, terutama sebagai pelajar kerana kekangan kemudahan di kampus yang kurang mesra OKU kategoriny­a.

“Kerap juga rasa nak putus asa dengan semuanya. Namun berkat doa ibu bapa saya yang tidak jemu beri semangat, dari situ saya sedar yang saya kena banggakan mereka, saya tak boleh bazirkan wang dan titik peluh mereka yang ingin lihat saya berjaya.

“Selain itu, saya buat perancanga­n dari segi masa, jadual dan setiap pergerakan saya ke kelas atau ke mana saja, semua perlu diatur agar tidak timbul masalah,” katanya yang turut menyifatka­n diri bertuah dikeliling­i rakan dan pensyarah yang banyak membantu.

 ??  ?? NURINA menunjukka­n ijazah diterima kepada ibu bapanya, Zanariah Ahmad dan Mohd Suhili Hasan.
NURINA menunjukka­n ijazah diterima kepada ibu bapanya, Zanariah Ahmad dan Mohd Suhili Hasan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia