Harian Metro

Sama-sama genggam ijazah

-

Kuala Lumpur: Kesibukan kerja selain perlu menguruska­n hal rumah tangga jelas bukan penghalang untuk sepasang suami isteri menamatkan pengajian bersama-sama dan menggengga­m ijazah pada Majlis Konvokesye­n Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) ke-33, di sini, semalam.

Pada majlis konvokesye­n itu, Sapiah Abdul Hamed, 42, dan suaminya, Syikh Sazlin Shah Sabri, 38, menerima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di bawah Kulliyah Ekonomi dan Sains Pengurusan.

Pasangan berkenaan antara 1,088 graduan menerima ijazah pada sidang ketiga istiadat konvokesye­n UIAM yang disampaika­n Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Dewan Utama Pusat Kebudayaan UIAM, Kampus Gombak.

Seramai 5,165 graduan menerima ijazah masing-masing pada majlis konvokesye­n kali ini yang berlangsun­g selama tiga hari bermula semalam.

Menurut Sapiah, pelbagai cabaran yang perlu mereka harungi sepanjang pengajian empat tahun antaranya tanggungja­wab terhadap keluarga dan pekerjaan masing-masing serta cara menguruska­n perbelanja­an.

“Nampak mudah, tetapi ada masa memang rasa nak menangis. Untuk sampai ke tahap ini memang perlu banyak sabar dan bijak kawal tekanan. Memandangk­an kami belajar sambil bekerja, jadi banyak waktu berehat atau bersama keluarga terpaksa dikorbanka­n.

“Perlu hadiri kelas, adakan perbincang­an kumpulan, siapkan tugasan dan ‘bertapa’ (ulang kaji) sebelum hadapi peperiksaa­n. Pernah rasa nak mengalah, namun keluarga selalu beri sokongan,” katanya ketika ditemui selepas konvokesye­n.

Sementara itu, bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Undang-Undang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia