Harian Metro

KDN kaji undang-undang khas dron

-

Johor Bahru: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) mengkaji untuk menggubal undang-undang berkaitan penggunaan peranti pengawasan termasuk dron di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, langkah itu termasuk kamera litar tertutup (CCTV) selain apa-apa alat bagi tujuan pengawasan atau mengesan bunyi.

Menurutnya, kegunaan dron boleh menjejaska­n serta mengganggu isu peribadi orang awam.

Dakwanya, ia berikutan alat itu boleh digunakan bagi menjejak dan mengenal pasti aktiviti orang ramai secara bebas.

“Ia boleh mendedahka­n mereka kepada aktiviti pengintipa­n. Bidang kuasa penggunaan dron di bawah Kementeria­n Pengangkut­an. Oleh itu kita akan berbincang dengan mereka berkaitan kaedah terbaik supaya ada pengawalan penggunaan peralatan itu,” katanya pada Program Sarapan Pagi Bersama Rakyat di Taman Cempaka, di sini, semalam.

Nur Jazlan berkata, kini hanya dron atau apa-apa peralatan boleh terbang lebih 25 kilogram dilesenkan oleh kementeria­n berkenaan.

Namun menurutnya, dron pada masa kini lebih ringan dan kecil dan boleh terbang ke mana-mana saja.

Katanya, penentuan dan bidang kuasa penggunaan dron bawah 25 kilogram perlu diwujudkan sama ada di bawah KDN atau Kementeria­n Pengangkut­an.

“Undang-undang khas berkaitan penggunaan dron untuk pengintipa­n memang tiada dan sebelum ini kita menggangga­p ia di bawah Kementeria­n Pengangkut­an,” katanya.

 ??  ?? NUR Jazlan (tengah) beramah mesra dengan penduduk Taman Cempaka, semalam.
NUR Jazlan (tengah) beramah mesra dengan penduduk Taman Cempaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia