Harian Metro

‘Pengantin lari’

- Nur Saliawati Salberi nursaliawa­ti@hmetro.com.my

 Pasangan baru abadi kenangan secara unik

Bagi membuktika­n rasa cinta dalam diri masing-masing yang masih menebal selepas setahun mendaftark­an perkahwina­n, pasangan suami isteri mengenakan pakaian pengantin mereka ketika menyertai larian

di Kota Laksamana, Banda Hilir di sini, semalam.

Difahamkan, pasangan berkenaan mendaftark­an perkahwina­n mereka ketika berada di Australia pada 25 Jun 2016 lalu dan mengadakan majlis keraian sebagai suami isteri, malam kelmarin sebelum menyertai larian itu, semalam.

Lebih menarik apabila Cho Kar Khuien, 32, dan isterinya Lim Chiu Sia diiringi 17 rakan lelaki yang memakai (skirt pendek) warna-warni, sekali gus mencuri tumpuan 400 peserta lain mengambil bahagian dalam larian itu.

Malah, pasangan itu tidak putus-putus menerima ucapan tahniah selain dipelawa bergambar kenangan oleh peserta dan penduduk sekitar yang tertarik dengan kehadiran mereka.

Dalam keadaan cuaca redup akibat hujan melanda bandar raya ini pada awal pagi, pasangan itu tetap bersemanga­t menamatkan larian enam kilometer (km) dengan Cho memakai tuksedo manakala Lim mengenakan gaun putih pendek.

Cho berkata, Lim sememangny­a gemar mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal terutama apabila membabitka­n acara amal dan dia sentiasa menyokong isterinya sebagai tanda kasih sayang.

“Apabila isteri beritahu mahu pakai baju pengantin kami pada pagi ini (semalam), saya tanpa berfikir panjang terus setuju. Bukan mahu tarik perhatian orang ramai tetapi menyokong isteri selain menggambar­kan keharmonia­n rumah tangga dan rasa cinta antara kami.

“Pada awalnya saya segan serta risau kalau gelagat kami dan rakan berpakaian pelik dicemuh orang ramai, tapi sebaliknya berlaku. Saya teruja kerana kami mendapat layanan istimewa, dan pengalaman hari ini (semalam) menjadi kenangan manis buat saya serta isteri,” katanya.

Sementara itu, Lim berkata, dia mengambil keputusan mengajak Cho mengenakan pakaian pengantin mereka ketika menyertai larian selepas dicadangka­n rakan yang turut mengambil bahagian.

“Saya dan suami bukan saja mengukir kenangan berharga, malah pada masa sama membuat amal dengan membantu insan memerlukan,” katanya.

Menurutnya, mengikut perancanga­n awal, dia dan suami sepatutnya mengikuti larian 12 km namun megambil keputusan berlari enam km saja selepas mengambil kira jenis pakaian mereka.

“Walaupun pakai gaun, saya dan suami menamatkan larian dalam masa 50 minit, memang sukar untuk berlari dengan lebih laju dengan berpakaian seperti ini tetapi kami tiba di garisan penamat,” katanya.

 ?? Cho Kar Khuien ?? Apabila isteri beritahu mahu pakai baju pengantin kami pada pagi ini (semalam), saya tanpa berfikir panjang terus setuju. Bukan mahu tarik perhatian orang ramai tetapi menyokong isteri selain menggambar­kan keharmonia­n rumah tangga dan rasa cinta antara kami”
Cho Kar Khuien Apabila isteri beritahu mahu pakai baju pengantin kami pada pagi ini (semalam), saya tanpa berfikir panjang terus setuju. Bukan mahu tarik perhatian orang ramai tetapi menyokong isteri selain menggambar­kan keharmonia­n rumah tangga dan rasa cinta antara kami”
 ?? FOTO: ZUHAIRI ZUBER ?? PASANGAN pengantin baru Cho dan Lim berlari diiringi rakan yang memakai skirt.
FOTO: ZUHAIRI ZUBER PASANGAN pengantin baru Cho dan Lim berlari diiringi rakan yang memakai skirt.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia