Harian Metro

Terbang lintas kereta

- Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

 Aksi Tim Army Red Warrior KPTD pukau pengunjung

Ketangkasa­n aksi anggota Tim Army Red Warrior Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) melakukan lagak ngeri dengan ‘terbang’ melintasi empat kereta menggunaka­n motosikal memukau pengunjung yang hadir pada Perbarisan Hari Ulang Tahun Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) Ke-64, di Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT), Kem Genting Klang, di sini, semalam.

Tim Army Warrior memulakan persembaha­n dengan menunjukka­n kemahiran menunggang motosikal dalam pelbagai aksi mendebarka­n.

Mereka turut menunggang motosikal melintasi tujuh anggota yang berbaring atas padang kawad dan tujuh motosikal yang diletakkan dalam satu deretan.

Cawangan Tempur Tanpa Senjata (TTS) PULAPOT turut membuat persembaha­n seni mempertaha­nkan diri Taekwondo yang diubah suai mempunyai ciri-ciri tempur jarak dekat selain boleh digunakan perajurit ketika bertempur dengan musuh.

Pertunjuka­n TTS diakhiri dengan tindakan menghancur­kan genting oleh Pengerusi KPTD Brigedier Jeneral Mislan Anuar sebagai simbol kekuatan dan kesatuan warga KPTD.

Pada majlis itu, turut dilancarka­n Tabung Kebajikan Veteran Kor Polis Tentera (VEKOPT) bagi kebajikan pesara KPTD.

Mislan berkata, tabung kebajikan dilancarka­n untuk kegunaan persatuan membantu meringanka­n beban veteran yang daif terutama ketika sakit, menghadapi kematian serta meraikan majlis tertentu.

Menurutnya, ketika ini persatuan mempunyai lebih 1,000 ahli dan menghadapi masalah dana dengan bergantung kepada kutipan biasa sekiranya ingin melawat pesara sakit yang pasti jumlahnya agak terhad.

“Sumber kewangan persatuan adalah dari yuran dan ia tidak boleh digunakan untuk kebajikan kerana tidak bertahan lama. Adanya tabung ini, kebajikan pesara lebih terbela dan ia lebih kepada kebajikan, mengeratka­n hubungan dan bukannya penubuhann­ya berasaskan keuntungan.

“Kita akan cuba besarkan dana ini untuk projek akan datang bagi memastikan persatuan benar-benar mantap. Selain itu, kita akan bagi penerangan kepada calon bersara untuk menggalakk­an mereka menyertai persatuan sebaik bersara nanti,” katanya.

Hadir sama, Pengarah KPTD, Kolonel Abdul Wahab Geoh; Ketua 48 Cawangan Siasatan Jenayah, Kolonel Inderjit Singh Al Bachan Singh dan Pengarah Kolej Pegawai Tidak Tauliah Akademi Tentera Darat, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Shahrom Mohamad dan Yang Dipertua VEKOPT, Leftenan Kolonel (B) Murad Mohamad Nasrdin@Mohammed.

Acara perbarisan dianggotai 15 pegawai dan 179 anggota diketuai, Pegawai Memerintah 2 Rejimen KPTD, Leftenan Kolonel Roslan Ali.

 ?? Mislan Anuar ?? Tabung kebajikan dilancarka­n untuk bantu ringankan beban veteran terutama ketika sakit, menghadapi kematian serta meraikan majlis”
MISLAN memeriksa perbarisan anggota KPTD pada sambutan Hari Ulang Tahun KPTD Ke-64.
Mislan Anuar Tabung kebajikan dilancarka­n untuk bantu ringankan beban veteran terutama ketika sakit, menghadapi kematian serta meraikan majlis” MISLAN memeriksa perbarisan anggota KPTD pada sambutan Hari Ulang Tahun KPTD Ke-64.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia