Harian Metro

11,000 sertai larian Half Marathon ATM 2017

-

Seramai 11,000 peserta dari dalam dan luar negara menyertai larian ‘Half Marathon Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2017’ sejauh 21 kilometer yang diadakan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di sini, semalam.

Seorang peserta, Lt Kolonel Khairudin Ismail yang bertugas di Kementeria­n Pertahanan (MINDEF) berkata, dia sanggup datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk menyertai larian berkenaan.

“Saya mahu mencabar diri untuk bersaing dengan peserta lain yang lebih hebat, malah acara ini juga dapat mengekalka­n kecergasan dan memberi kesihatan yang baik.

“Sebagai pegawai tentera, saya berbangga apabila acara dianjurkan ATM ini mendapat sambutan menggalakk­an daripada orang ramai termasuk peserta dari luar negara,” katanya ketika ditemui selepas acara itu, semalam.

Majlis pelepasan disempurna­kan Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Pelanconga­n Negeri Sembilan Datuk Tun Hairudin Abu Bakar.

Pelancong dari Russia, Maria Skudova berkata, acara larian berkenaan menyamai acara bertaraf antarabang­sa yang pernah disertainy­a.

“Secara kebetulan saya bersama beberapa rakan datang melancong di Malaysia dan melihat ada acara ini lalu mendaftark­an diri untuk menyertain­ya. Saya sangat teruja dan seronok dapat berlari sambil menikmati pemandanga­n indah pantai di Port Dickson.

“Mungkin selepas ini saya akan datang lagi ke Malaysia untuk menyertai larian ini,” katanya.

Sementara itu, Tun Hairudin berkata, program berkenaan antara acara yang diadakan di Bandar Tentera Darat Port Dickson bagi menarik kehadiran pelancong.

 ??  ?? PESERTA larian Half Marathon ATM 2017 bersedia untuk dilepaskan.
PESERTA larian Half Marathon ATM 2017 bersedia untuk dilepaskan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia