Harian Metro

Giat kukuh cerun elak tanah runtuh

-

Ampang: Pengukuhan atau penstabila­n cerun di sekitar daerah ini dilihat semakin giat dilaksanak­an bagi mengelakka­n sebarang kemungkina­n tanah runtuh.

Tinjauan Harian Metro di beberapa kawasan seperti Bukit Antarabang­sa, Taman Bukit Permai dan Lembah Jaya mendapati pelbagai teknik digunakan bagi mengukuhka­n semula permukaan batu di lereng cerun batuan.

Tindakan itu juga sekali gus dapat mengurangk­an risiko cerun kritikal kepada kurang bahaya.

Selain itu, bagi mengurangk­an bahaya, papan tanda amaran cerun dan tanah runtuh di tepi jalan juga diletakkan sebagai peringatan.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Rahman, 50-an berkata, penyelengg­araan merangkumi kerja pembersiha­n saluran longkang di kawasan cerun dan membuang pokok liar juga dilihat sebagai tindakan awal untuk mengenal pasti kegagalan cerun.

“Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabang­sa pada 2008 antara yang masih saya ingati.

“Itu kejadian yang paling besar pernah saya lihat.

“Sudah sembilan tahun ia berlalu, kerja menstabilk­an cerun di tempat itu juga sudah dibuat agar keselamata­n kami yang masih mendiami kawasan sekitar terus terjamin,” katanya.

Menurutnya, kejadian tanah runtuh itu meninggalk­an kesan mendalam kepada mereka dan sentiasa bersiap sedia sekiranya hujan lebat tanpa henti terus berlaku.

“Apa boleh buat, inilah nasib kami yang tinggal berdekatan lereng bukit dengan harapan pihak berkuasa akan terus menjalanka­n kerja mereka dengan memantau keadaan untuk keselamata­n penduduk.

“Sejak peristiwa itu, memang ramai yang mengambil iktibar dan untuk pemaju perumahan, saya berharap mereka sentiasa membina penahan cerun dan lereng di kawasan pembinaan,” katanya.

Difahamkan, Ampang adalah satu kawasan yang mempunyai banyak cerun iaitu sebanyak 352 di 600 lokasi.

 ??  ?? KAWASAN tanah runtuh di Jalan Bukit Mewah Bukit Antarabang­sa.
KAWASAN tanah runtuh di Jalan Bukit Mewah Bukit Antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia