Harian Metro

Cerita didik moral

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

 Terap nilai murni, asah minda kritis anak menerusi pengembara­an The Three Village Boys

Pentingnya mendidik kanak-kanak dengan keadilan sosial sejak usia kecil mendorong Dr Li- za Mydin menulis buku cerita sebagai persediaan misi besar apabila dewasa nanti.

Penulis berusia 36 tahun yang berkhidmat di sebuah bank itu berharap buku setebal 26 muka surat itu dapat menjadi wadah perbualan antara ibu bapa dan anak mereka mengenai persoalan nilai murni, keadilan sosial berkenaan agihan pendapatan antara golongan masyarakat dan etika dalam kehidupan.

Katanya, nilai murni perlu dipupuk sejak kecil lagi antaranya menerusi medium pembacaan buku kepada kanak-kanak sebelum tidur.

“Ajaran nilai murni yang diterapkan kepada anak kecil akan melahirkan masyarakat lebih ampuh di generasi akan datang,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Buku

oleh pakar ekonomi Islam Prof Dr Abbas Mirakhor di Pusat Kreatif Tuanku Bainun, Taman Tun Dr Ismail, di sini, semalam.

Menurutnya, penulisan buku itu bertujuan meningkatk­an keupayaan daya imaginasi kanak-kanak bagi mengasah minda kritis semasa mereka mengembara bersama karakter tiga kanak-kanak lelaki kampung bernama Youssef, Zayyed dan Omar dalam kisah pengembara­an terbabit.

Katanya, ia juga bagi menyingkap persoalan perbezaan dalam masyarakat di mana terdapat jurang agihan pendapatan dan juga ketidakadi­lan yang berlaku. Shah Alam: Lim Guan Eng terus kekal sebagai Setiausaha Agung DAP dalam sesi pemilihan semula Jawatankua­sa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu, di sini, semalam.

Beliau dibantu Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming serta Ahli Parlimen Batu Gajah, Perak, V Sivakumar.

Sementara Lim Kit Siang pula kekal sebagai Ketua Parlimen DAP.

Dalam keputusan lewat petang semalam, Pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai dipilih untuk terus kekal menerajui kepemimpin­an parti itu.

Ahli Parlimen Cheras itu dipilih sebulat suara oleh pucuk pimpinan parti selepas memperoleh undian kesembilan tertinggi iaitu 1,021 undi.

Keputusan diumumkan Speaker CEC Hannah Yeoh itu menyaksika­n Timbalan Pengerusi disandang anak kepada mendiang Karpal Singh iaitu Gobind Singh Deo yang mendapat undi kedua tertinggi iaitu 1,198 undian.

Naib Pengerusi DAP yang dilantik adalah Chong Chieng Jen, M Kulasegara­n, Chow Kon Yeow, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dan Stephen Wong.

Bendahari kekal disandang Fong Kui Lun.

Dalam pemilihan itu hanya dua muka baru dipilih iaitu V Sivakumar dan Ronnie Liu manakala dua yang terkeluar adalah mendiang Karpal Sigh dan Boo Cheng Hau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia