Harian Metro

Industri koperasi mampu jana RM40b

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

 Angkasa optimis sasaran dicapai menjelang akhir tahun ini

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa), menjangkak­an industri koperasi tempatan mampu menjana pendapatan melebihi RM40 bilion menjelang akhir tahun ini berbanding RM39 bilion yang dicatatkan tahun lalu.

Prestasi itu dilihat sebagai perkembang­an baik untuk Angkasa mencapai sasaran pendapatan sebanyak RM50 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Presidenny­a, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, jangkaan itu berdasarka­n pendapatan sebanyak RM24 bilion yang dicatatkan industri itu pada separuh pertama tahun ini dan jumlah terbabit dijangka terus meningkat berikutan persekitar­an ekonomi lebih baik pada tahun ini.

“Saya lihat jumlah itu boleh dicapai melalui pertambaha­n jumlah koperasi, penerokaan dalam sektor perniagaan baru dan peningkata­n pulangan dalam kalangan koperasi yang didorong melalui pembabitan dalam sektor perniagaan berimpak tinggi,” katanya pada sidang media Angkasa di sini.

Sehingga 2016, Angkasa menaungi 13,428 koperasi di seluruh negara dengan keanggotaa­n individu seramai lapan juta orang, jumlah model syer atau yuran anggota sebanyak RM13.9 bilion dan jumlah aset RM130 bilion.

Beliau berkata, prestasi positif yang dicatatkan industri koperasi sehingga kini banyak dipacu melalui penerokaan dalam sektor perumahan dan hartanah yang dilihat semakin mendapat perhatian dalam kalangan koperasi tempatan.

Menurutnya, situasi

itu menyaksika­n sektor pembiayaan kewangan peribadi yang lazimnya menjadi pemacu utama kepada pendapatan industri kini dilihat mendatar berikutan pelbagai faktor termasuk sesetengah peminjam yang sudah mencapai tahap maksimum dalam melakukan pinjaman.

“Sektor perladanga­n juga menjadi penyumbang utama kepada industri koperasi tempatan berikutan peningkata­n harga sawit diikuti sektor peruncitan yang kini dilihat sebagai platform terbaik untuk meningkatk­an akses dan jualan barangan keperluan harian kepada pengguna,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Angkasa bersedia untuk mengendali­kan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 jika diberi peluang oleh kerajaan kerana kebanyakan koperasi sudah menjalanka­n perniagaan peruncitan.

Abdul Fattah berkata, pihaknya menyokong cadangan pelaksanaa­n KR1M 2.0 itu kerana ia menawarkan ruang pasaran lebih luas dan mudah diakses berbanding pelaksanaa­n KR1M pertama sebelum ini.

Menurutnya, sebelum ini, KR1M berdepan dengan isu seperti tawaran barang yang terhad dan lokasi yang sukar diakses orang ramai sehingga menyebabka­n kedai terbabit kurang berdaya saing di pasaran runcit tempatan.

 ??  ??
 ??  ?? ABDUL Fattah
ABDUL Fattah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia