Harian Metro

Tempahan Civic Type R atasi unjuran

-

Serdang: Honda Malaysia Sdn Bhd menyasarka­n jualan sebanyak 100 unit pada 2018 untuk model Honda Civic Type R serba baru yang dilancarka­n pada Malaysia Autoshow 2017 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps).

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusannya Toichi Ishiyama berkata, buat masa ini, 60 tempahan sudah diterima dan ia melebihi daripada jumlah 30 unit yang disasarkan hingga hujung tahun 2017.

“Model ini menerima sambutan yang hebat kerana paling berprestas­i pernah dihasilkan Honda dan menjadi kenderaan pacuan roda hadapan paling pantas di Litar Nurburgrin­g, Jerman dengan tujuh minit 43.80 saat pada April lalu,” katanya pada majlis pelancaran di sini.

Selain prestasi yang mantap ia juga dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini untuk menawarkan semangat perlumbaan DNA Honda dan kepuasan memandu kepada pemilik jentera ini.

Model Honda Type R dikuasakan dengan enjin 2.0L VTEC Pengecas Turbo menyalurka­n kuasa 310PS dan tork maksimum sehingga 400Nm dengan transmisi enam kelajuan manual.

Ia juga menyediaka­n tiga mod pemanduan iaitu Comfort, Sport dan +R untuk disesuaika­n dengan gaya pemandu sama ada untuk tujuan prestasi ataupun sebagai kegunaan harian.

Untuk pasaran negara ini, Honda Civic Type R ini dijual pada harga RM320,000 (atas jalan kecuali insurans) dengan lima tahun waranti tanpa had perbatuan yang boleh ditempah di 20 pengedar Honda Sport seluruh negara.

 ?? FOTO: ?? ISHIYAMA (kanan) bersama Pembantu Ketua Projek Honda Civic Type R 2017, Hideki Kakinuma melancarka­n Honda Civic Type R pada Pameran Auto Malaysia 2017 (KLIAS2017) di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.
FOTO: ISHIYAMA (kanan) bersama Pembantu Ketua Projek Honda Civic Type R 2017, Hideki Kakinuma melancarka­n Honda Civic Type R pada Pameran Auto Malaysia 2017 (KLIAS2017) di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia