Harian Metro

TRANSFORMA­SI AFFIN

 Program Affinity selama 5 tahun beri penekanan kepada perbankan

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hmetro.com.my

AFFIN BANK Berhad (AFFINBANK) menerusi pelaksanaa­n program Affinity dalam tempoh lima tahun bermula pada 2016 hingga 2020 mahu muncul sebagai institusi perbankan yang lebih kukuh yang menekankan segmen digital di samping memberi fokus khusus kepada kehendak pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kamarul Ariffin Mohd Jamil berkata, selari dengan perkembang­an dunia teknologi ketika ini penting bagi pihak bank berkenaan untuk muncul sebagai antara pemain industri yang membabitka­n penggunaan digital dan teknologi kewangan

(fintech).

Beliau berkata, usaha itu bukan sahaja menumpukan terhadap operasi perbankan dan kewangan AFFIN, malah ia adalah bersifat holistik yang meliputi segmen pembanguna­n bakat, perkhidmat­an dan pengalaman perbankan kepada pelanggann­ya.

“Sebelum memulakan program ini yang tercetus sejak 2014, Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi syarikat melihat kembali model perniagaan AFFIN dan yakin ini adalah masa tepat untuk AFFIN melalui era revolusi baru dunia perbankan.

“Program Affinity dibangunka­n pada penghujung 2015, dan mula dilaksanak­an selepas enam bulan, iaitu pada Jun 2016. Kami yakin dengan model perniagaan baru ini kami dapat menyesuaik­an serta bersaing secara sihat dalam industri.

“Bagi tahun 2018, kami dijangka akan melaksanak­an projek transforma­si yang lebih agresif dalam segmen digital dalam berdepan dengan pelbagai perkembang­an serta permintaan pelanggan yang sentiasa berubah,” katanya.

Kumpulan AFFIN memperuntu­kkan pelaburan modal (capex) dan perbelanja­an operasi (opex) sebanyak RM300 hingga RM400 juta dalam melaksanak­an program Affinity dalam tempoh lima tahun memfokuska­n kepada revolusi model perniagaan baru khususnya memperting­kat perbankan digitalnya.

Kamarul Ariffin berkata, pihaknya turut mengambil langkah berhati-hati dalam membuat penilaian dalam melaksanak­an program Affinity dan menghasilk­an cadangan 32 projek utama untuk menjayakan program transforma­si AFFIN.

Katanya, semua projek terbabit dijangka selesai dibangun dan dijalankan pada penghujung 2020 apabila genap lima tahun program Affinity dilaksanak­an.

“Setakat ini sebanyak 25 projek diinisiati­fkan di mana 12 projek siap sepenuhnya dan 13 projek lagi masih lagi dalam peringkat pelaksanaa­n dan kami yakin ia akan mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebagai sebahagian daripada plan pendigital­an AFFIN, institusi perbankan itu akan menaik taraf perbankan Internet dan memperkena­lkan perbankan mudah alih serta e-dompet, iaitu Affinpay pada tahun depan.

Pada masa sama, Kamarul Ariffin berkata, Kumpulan AFFIN kini berada dalam landasan kukuh untuk menjadi kumpulan perbankan yang lebih mantap pada masa depan dengan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmat­an kewangan di bawah satu nama.

Menurutnya, usaha itu dapat dicapai berikutan langkah penyusunan semula yang dilaksanak­annya ketika ini yang memperliha­tkan pemindahan keseluruha­n pegangan saham AFFIN Holdings Bhd dalam AFFIN Hwang Investment Bank Bhd, AFFIN Moneybroke­rs Sdn Bhd, AXA AFFIN Life Insurance Bhd dan AXA AFFIN General Insurance Bhd kepada AFFIN Bank Bhd.

Beliau berkata, proses korporat itu akan menjadikan AFFIN Bank sebagai syarikat pegangan bank dan ia juga akan mengambil status penyenarai­an AFFIN Holdings di Bursa Malaysia, selepas pelaksanaa­n korporat itu yang dijangka selesai pada separuh pertama 2018.

 ??  ?? KAMARUL
KAMARUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia