Harian Metro

Drive M7 intai pasaran Nusantara

-

Kuala Lumpur: Daytona Wealth Sdn Bhd, pengedar minuman tenaga Drive M7 akan terus memberi tumpuan kepada pasaran domestik khususnya untuk penggiat sukan.

Pengurus Besarnya, Mohd Jazri Ikmal Hijaz berkata, pihaknya menetapkan fokus baru dengan mengutamak­an segmen sukan bagi memberi pilihan kepada pengguna berkaitan minuman tenaga yang boleh membantu mereka bertahan untuk tempoh lebih panjang.

“Kami akan meletakkan keutamaan kepada pelanggan yang bergiat dalam sukan seperti basikal atau larian jarak jauh kerana kelompok seperti ini lebih dekat dengan minuman tenaga.

“Jika sebelum ini jenama Drive M7 lebih dikenali dengan sukan permotoran namun kami mahu ia turut dekat dengan penggiat sukan lain,” katanya kepada Bisnes Metro di sini, semalam.

Menurutnya, buat masa ini pihaknya menawarkan empat varian minuman di bawah jenama Drive M7 dengan satu daripadany­a adalah minuman vitamin.

“Untuk tiga varian minuman tenaga, ia sesuai diambil sekitar sejam sebelum melakukan aktiviti bagi membolehka­n pengguna mendapat tenaga yang dikehendak­i.

“Bagi minuman vitamin, ia mengandung­i 1,000 miligram vitamin C di mana ia sesuai diminum selepas aktiviti selesai bagi menghidrat semula cecair dalam badan,” katanya.

Mohd Jazri berkata, selain untuk aktiviti bersukan, minuman tenaga

Drive M7 juga sesuai diambil oleh mereka yang mempunyai tugasan berat khususnya membabitka­n waktu bekerja lebih panjang.

“Minuman ini akan memberi tenaga dan membantu pengguna lebih fokus sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga jam,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya pihaknya menjangkak­an untuk memasarkan minuman berkenaan ke beberapa negara Asia Tenggara dalam tempoh dua tahun.

 ??  ?? MOHD Jazri
MOHD Jazri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia