Harian Metro

Korban hukuman ibu

 Anak sering kencing malam mati disembur racun serangga

-

Seorang wanita menyembur racun serangga aerosol pada anak lelakinya yang berusia lima tahun hingga mati kerana terlalu marah mangsa sering kencing malam.

Dalam kejadian pada malam kelmarin, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke hospital akibat sesak nafas.

Jurucakap polis Metro Jakarta Barat, Roycke Harry Langie memberitah­u, susulan kejadian itu polis menahan ibu mangsa yang dikenali sebagai Novi Wanti.

Roycke berkata, ketika disoal siasat, Novi, 30, memberitah­u dia terlalu marah selepas anak lelakinya kencing di atas tilam.

Menurutnya, mangsa beberapa kali kencing malam walaupun sering dimarahi oleh ibunya.

“Pada hari kejadian Novi menjadi sangat marah kerana anaknya sekali lagi kencing malam.

“Sebagai hukuman dia mengikat kanak-kanak itu sebelum memukul dan menyembur racun serangga aerosol di muka mangsa,” katanya yang dipetik detik News semalam.

Menurutnya, tidak lama selepas itu kanak-kanak berkenaan tiba-tiba sesak nafas menyebabka­n Novi panik.

“Kerana tidak mempunyai pengangkut­an, Novi menghubung­i teksi motosikal untuk membawa anaknya ke Rumah Sakit Graha Kedoya.

“Bagaimanap­un, apabila tiba di hospital, doktor mengesahka­n kanak-kanak malang itu sudah meninggal dunia,” jelasnya.

Wanita itu bakal didakwa mengikut akta perlindung­an kanak-kanak dan berdepan hukuman penjara 15 tahun.

Sebagai hukuman dia mengikat kanak-kanak itu sebelum memukul dan menyembur racun serangga aerosol di muka mangsa”

Roycke

 ??  ?? POLIS menunjukka­n racun serangga aerosol yang digunakan Novi bagi menyembur muka anaknya hingga mati. - Detik News
POLIS menunjukka­n racun serangga aerosol yang digunakan Novi bagi menyembur muka anaknya hingga mati. - Detik News

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia