Harian Metro

Mati kejar impian

- AFP

Seorang atlet ‘base jump’ terkenal Russia yang mencipta rekod terjunan bebas, maut ketika melakukan aksi itu di Himalaya, kata penganjur ekspedisi di Nepal.

Valery Rozov, 52, yang diiktiraf sebagai pelagak aksi berani, terbabit dalam kemalangan itu ketika cubaan untuk menawan tujuh puncak gunung di tujuh benua dunia dengan melakukan terjun udara dari lokasi tertentu.

Ketika kejadian, Rozov dilaporkan melakukan terjunan dari Ama Dablan iaitu gunung dengan ketinggian 6,812 meter yang terletak di kawasan Everest.

“Kita sudah menghantar helikopter dan cuba membawa keluar mayatnya,” kata Mingma Gelu Sherpa daripada Kelab Tujuh Puncak yang menganjurk­an ekspedisi itu.

Butiran kejadian tidak dapat dipastikan.

Rozov sebelum ini mencipta rekod baru dunia pada 2013 apabila melakukan terjunan udara paling tinggi dari puncak Changste di Everest dengan ketinggian 7,220 meter, menggunaka­n ‘wingsuit.’

Tiga tahun kemudian, dia memecahkan rekodnya sendiri dengan melakukan satu terjunan dari ketinggian 7,700 meter di Gunung Cho Oyu.

Base jump adalah sukan ekstrem membabitka­n aktiviti terjunan bebas dari tebing, jambatan dan platform lain sebelum membuka payung terjun. Beirut: Presiden Lubnan menggesa Arab Saudi memberi penjelasan kenapa Perdana Menteri Saad al-Hariri masih belum pulang ke negaranya, seminggu selepas membuat pengumuman peletakan jawatan secara mengejut ketika lawatan ke Riyadh.

“Kami mahu Arab Saudi yang dianggap saudara dan mempunyai hubungan persahabat­an begitu mendalam supaya menjelaska­n kenapa Saad tidak dapat pulang,” kata pejabatnya dalam satu kenyataan.

Peletakan jawatan mengejut Saad sekali lagi meletakkan Lubnan dalam kemelut politik antara Arab Saudi dan Iran - pertelingk­ahan yang turut memberi kesan di Syria, Iraq, Yaman serta Bahrain.

Dalam satu kenyataan, Presiden Michel Aoun berkata: “Lubnan tidak menerima bahawa perdana menterinya berada dalam keadaan yang bertentang­an dengan perjanjian-perjanjian antarabang­sa. Sebarang komen atau tindakan Saad tidak menggambar­kan realiti, susulan status peletakan jawatannya masih dipertikai­kan.”

Seorang pegawai kanan Lubnan berkata, Aoun memaklumka­n

 Atlet ‘base jump’ Russia maut dalam terjunan di Himalaya

 ??  ?? PESERTA maraton tahunan Beirut memegang poster mendesak Saad pulang ke Lubnan. - AFP
PESERTA maraton tahunan Beirut memegang poster mendesak Saad pulang ke Lubnan. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia