Harian Metro

Zii Jia jaguh baru dalam pembikinan

-

orang kata Malaysia ketandusan bakat untuk menjadi sehebat Datuk Lee Chong Wei, agak sukar juga untuk saya menerima pendapat itu.

Sebab bagi saya kita sebenarnya mempunyai ramai pemain berkualiti terutama di peringkat remaja.

Terbaru pemain perseorang­an negara Lee Zii Jia

(gambar) melakar kejutan apabila berjaya mara sehingga ke separuh akhir Terbuka Bitlburger di Jerman minggu lalu. Pemain berusia 19 tahun itu tewas kepada bintang muda Denmark, Rasmus Gemke.

Zii Jia membuktika­n pada usia semuda itu dia mampu saja mempamer prestasi terbaik seandainya mendapat bimbingan yang benar-benar spesifik.

Ketika ini dia berada di bawah bimbingan Datuk Misbun Sidek. Jadi soalnya mudah, iaitu barisan pemain muda ini perlu mendapat bimbingan yang betul kalau mahu melihat mereka berjaya.

Jika tidak, memang orang sekarang kata akan pergi ‘ke laut’.

Bagi saya, Zii Jia mempunyai pakej lengkap sebagai seorang pemain perseorang­an. Dia ada skil, ketinggian dan tenaga yang baik.

Kalau betul-betul digilap, tak mustahil dia mampu menggegar dunia satu hari nanti.

Prestasi cemerlang Zii Jia memberi isyarat jelas kepada pemain lain terutama Iskandar Zulkarnain Zainuddin.

Kalau pemain semuda Zii Jia mampu meraih keputusan yang baik mengapa tidak Iskandar yang mempunyai lebih pengalaman tetapi melalui musim yang agak hambar.

Sebut mengenai prestasi pemain, saya sangat bersetuju dengan pendekatan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang akan mengamalka­n sistem keluar masuk pemain pada tahun depan.

Maknanya tiada pemain yang benar-benar kekal di badan induk itu kecuali mereka yang mampu mengekalka­n prestasi konsisten.

Mungkin ada yang berpendapa­t ia sistem yang kejam tetapi hakikatnya ramai lagi pemain di luar sana yang menanti untuk masuk ke dalam BAM.

Kalau duduk di dalam BAM tetapi tidak ada sebarang pencapaian maka susahlah.

Jumpa lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia