Harian Metro

Peluang terbaik

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

 Jufferi mahu cipta sejarah di Sukan Asia

Selepas memenangi pelbagai kejuaraan dalam dan luar negara, Mohd Al Jufferi Jamari bertekad memahatkan nama dalam sejarah Sukan Asia apabila sukan seni mempertaha­nkan diri itu akan dipertandi­ngkan pertama kali pada temasya di Indonesia, tahun depan.

Justeru, juara dunia tiga kali berusia 25 tahun berkenaan tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk mengharumk­an nama negara.

Selain Kejohanan Pencak Silat Dunia, Sukan Asia adalah tahap tertinggi bagi sukan tempur itu kerana ia masih belum dipertandi­ngkan di pentas Olimpik.

“Pada tahun depan, Sukan Asia kejohanan paling besar bagi saya. Malah Kejohanan Pencak Silat Dunia 2018 yang sepatutnya berlangsun­g di Indonesia pada Mac ditangguhk­an tuan rumah.

“Secara tidak langsung, semua negara turut mengimpika­n kejayaan di Sukan Asia terutamany­a tuan rumah yang pasti memberikan tentangan yang sengit. Namun, saya juga mahu memastikan mampu mencapai kejayaan di sana nanti,” jelas atlet kelahiran Pahang itu.

Sebagai juara dunia tiga kali dan pemenang empat kali berturut-turut pingat emas Sukan SEA, Jufferi dilihat antara sandaran terbaik negara untuk menyumbang­kan emas kepada negara pada temasya peringkat benua itu.

“Bermula hujung bulan nanti, saya akan menyertai kejohanan di Belanda yang turut disertai pesilat Indonesia dan Singapura dengan misi mempertaha­nkan kejuaraan dan menilai prestasi semasa lawan.

“Saya juga tidak boleh memandang pencabar dari Asia Tenggara saja, kerana terdapat peningkata­n dipamerkan pesilat dari Iran dan Korea Selatan.

“Korea Selatan contohnya sudah mampu menewaskan pesilat dari Indonesia dan Singapura pada satu kejohanan yang dianjurkan mereka tahun ini. Ia menunjukka­n peningkata­n dipamerkan mereka dan sekiranya tidak diberikan perhatian bermula sekarang, ia pasti memberikan masalah apabila Sukan Asia berlangsun­g pada Ogos tahun depan,” jelasnya.

 ??  ?? JUFFERI (kanan) tetap waspada ancaman pencabar dari Iran dan Korea Selatan.
JUFFERI (kanan) tetap waspada ancaman pencabar dari Iran dan Korea Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia