Harian Metro

Bukan hari terbaik Safiyah

- Fadhli Ishak fadhli.ishak@nst.com.my

Kuala Lumpur: Pemain boling kebangsaan, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman

menamatkan saingan di tangga kedua pada Piala Dunia AMF dekat Hermosillo, Mexico semalam ketika cabaran Ahmad Muaz Mohd Fishol dalam acara lelaki berakhir pada separuh akhir.

Safiyah menewaskan juara bertahan Jenny Wagner dari Sweeden, yang menduduki tangga teratas pusingan kelayakan pada saingan empat terakhir dengan 227-197.

Bagaimanap­un dia tewas perlawanan penentuan berdepan lawan dari Filipina, Krizziah Lyn Tabora 236-191.

Pemain berusia 27 tahun itu mengakui ia bukanlah hari terbaik buatnya.

“Saya berjaya melakukan beberapa balingan bagus dalam final tetapi ia masih belum cukup,” kata Safiyah.

“Memang saya mahu menang

(gambar)

tetapi secara keseluruha­n saya berpuas hati dengan persembaha­n saya minggu ini. Saya sudah melakukan yang terbaik dalam kejohanan ini dan berjaya ke final.

“Banyak yang saya pelajari dan saya mengambil perkara positif di sini bagi menghadapi Kejohanan Dunia di Las Vegas (24 November-4 Disember).”

Persembaha­n terbaik Safiyah dalam kejohanan sama sebelum ini ialah di Melaka pada 2009.

Muaz menamatkan saingan berkongsi kedudukan ketiga selepas tewas 266-176 kepada juara sebenar, Jakob Butturff dari Amerika Syarikat pada separuh akhir.

Pasangan berkenaan akan ke Reno esok ketika mereka akan bersama skuad negara sebelum berlepas ke Las Vegas pada 16 November.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia