Harian Metro

Nicol ‘intai’ magis

- Devinder Singh devinder@nstp.com.my

 Ratu skuasy mahu dapatkan kembali sentuhan di laman kegemaran di Terbuka Hong Kong

Ratu skuasy negara, Nicol David kembali ke laman kegemarann­ya apabila bersaing dalam Terbuka Hong Kong pada minggu ini dan berharap untuk mendapatka­n kembali sentuhanny­a musim ini.

“Saya sangat gembira kembali ke Terbuka Hong Kong kerana ia adalah antara kejohanan yang paling saya gemari,” kata Nicol yang diletakkan sebagai pilihan kelima kejohanan.

“Saya suka pergi ke sana dan berharap dapat menyamai kedudukan saya (pemain pilihan kelima). Jika semuanya berjalan lancar, mungkin saya boleh pergi lebih daripada itu, yang mana ia akan menjadi bonus buat saya.

Sejak bermulanya musim 2017-2018 pada September, Nicol melangkah ke suku akhir Terbuka China, muncul naib juara di Terbuka NetSuite di San Francisco namun tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Amerika Syarikat.

Berada di ranking keenam dunia, Nicol berharap Terbuka Hong Kong yang dimenangin­ya 10 kali berturut-turut sejak 2015 akan mengubah nasibnya selepas ini.

Namun segalanya berubah pada separuh akhir kejohanan tahun lepas apabila pemain Mesir, Nouran Gohar menewaskan­nya, sekali gus mengakhiri 58 rekod kemenangan Nicol di Hong Kong.

“Satu kekalahan tidak mengubah apa-apa. Saya tahu tempat itu, kenal sangat dan saya berpeluang untuk mengembali­kan saat indah di situ dan berharap dapat melakukann­ya. Ia akan menjadi menarik,” katanya.

Nicol akan bertemu pemain dari pusingan kelayakan pada aksi pembukaan Rabu ini dan kemenangan itu berkemungk­inan mempertemu­kannya dengan pemaintuan rumah, Annie Au dalam pusingan kedua. Annie melakukan kejutan dengan menewaskan Nicol di Terbuka AS pada pusingan kedua.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia