Harian Metro

Chiow Chuan dilamar skuad jiran seberang

- Naqib Nor Said naqib@bh.com.my

Kuala Lumpur: Belumpun sampai seminggu kehilangan jawatan, bekas penolong jurulatih skuad hoki lelaki negara Lim Chiow Chuan dikaitkan dengan perpindaha­n ke negara jiran.

Nyata kejayaanny­a membawa Malaysian Tigers muncul naib juara Piala Asia di Dhaka, bulan lalu menarik minat Federasi Hoki Indonesia dengan badan induk itu mahu menawarkan jawatan sebagai pengarah teknikal.

Chiow Chuan, 51, tidak menafikan khabar angin terbabit, namun beliau berkata perkara itu masih di peringkat awal perbincang­an.

“Buat masa ini saya sedang berehat di kampung (Melaka) dan saya sedang melihat peluang seterusnya untuk mengembang­kan karier sebagai jurulatih.

“Tetapi untuk mengaitkan saya dengan pasukan Jepun adalah tidak benar kerana semua jawatan di sana masih penuh. Cuma dengan Indonesia memang benar kerana mereka kini giat mempersiap­kan

(gambar)

pasukan bagi menghadapi Sukan Asia 2018 di Jakarta,” kata Lim ketika dihubungi semalam.

Sekiranya ini berlaku, ia satu kerugian besar buat arena hoki tempatan yang kehilangan ‘guru’ yang selama ini banyak membantu dalam membangunk­an sukan hoki termasuk orang pertama yang memperkena­lkan program hoki 1 Mas.

Bekas tonggak tengah negara itu juga mempunyai ‘lesen besar’ sebagai instruktor Persekutua­n Hoki Antarabang­sa (FIH) untuk mengendali­kan kursus kejurulati­han termasuk pernah dihantar ke Korea Utara, Thailand, Hong Kong, China, Laos dan Sri Lanka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia