Harian Metro

Gol lewat Aguero kecewakan Russia

-

Moscow: Gol lewat daripada Sergio Aguero memastikan kemenangan 1-0 Argentina ke atas tuan rumah Piala Dunia 2018, Russia dalam aksi persahabat­an yang berlangsun­g di stadium yang baru dinaiktara­f, Stadium Luzhniki Moscow, semalam.

Tandukan Aguero pada minit ke-86 menyaksika­n dia menewaskan penjaga gol veteran Russia, Igor Akinfeev selepas percubaann­ya sebelum itu ditampan benteng pertahanan pasukan lawan.

Diketuai Lionel Messi, Argentina menunjukka­n aksi dinamik sejak perlawanan bermula tetapi gagal menyempurn­akan setiap peluang dimiliki mereka pada babak pertama.

Bagaimanap­un, jurulatih Argentina, Jorge Sampaoli berpuas hati dengan prestasi ditunjukka­n anak buahnya dalam perlawanan itu.

“Beberapa perancanga­n yang kami atur menjadi dalam perlawanan ini menentang lawan yang sukar. Kami bermain dengan penuh disiplin dan berjaya memberi tekanan kepada pihak lawan.

“Kami perlu terus bekerja keras sebagai persiapan menghadapi Piala Dunia tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, jurulatih Russia, Stanislav Cherchesov memuji aksi ditunjukka­n pemainnya terutama benteng pertahanan yang berjaya mengekang asakan jentera serangan Argentina daripada membolosi gawang mereka dengan lebih banyak gol.

“Kami sedar ia akan menjadi perlawanan yang sukar dan sebab itu pada suatu ketika kami gagal menguasai bola. Saya fikir bahagian pertahanan kami bermain dengan baik dari aspek taktikal, tetapi kami gagal bermula dengan serangan yang berkualiti terutama pada babak pertama,” katanya.

Aksi persahabat­an antara Argentina dengan Russia adalah perlawanan ujian pertama yang diadakan di Stadium Luzhniki Moscow yang akan menjadi venue perlawanan pembukaan dan final Piala Dunia tahun depan. - Reuters

 ??  ?? AGUERO pamer sentuhan pemusnah apabila meledak jaringan tunggal perlawanan.
AGUERO pamer sentuhan pemusnah apabila meledak jaringan tunggal perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia