Harian Metro

KFA setuju kekal Ahmad Bashah

- Oleh Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar: Ahli Majlis Eksekutif, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bersetuju sebulat suara bahawa jawatan presiden yang kini disandang Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dikekalkan.

Timbalan Presiden KFA, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah, berkata Ahli Majlis Eksekutif KFA bersetuju dengan sebulat suara jawatan itu dikekalkan selepas mengadakan perbincang­an secara mendalam dengan semua ahli majlis.

“Sumbangan dan komitmen Presiden KFA menerusi pelbagai bentuk terutama kewangan, tajaan pihak swasta, penyediaan kemudahan dan infrastruk­tur latihan pasukan antara kesan dan kepentinga­n untuk beliau mengekalka­n jawatan itu.

“Selain itu, KFA juga ketika ini dalam proses persediaan pasukan bagi mengharung­i musim 2018 dan sebarang peralihan kuasa pada masa ini dianggap tidak sesuai memandangk­an komitmen berterusan diberikan sejak dua tahun lalu,” katanya pada sidang media di Alor Setar, semalam.

Terdahulu isu peletakan jawatan itu timbul ekoran

(gambar)

cadangan dan desakan beberapa pihak terutama Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pemuda UMNO Negeri Kedah supaya Ahmad Bashah selaku Presiden KFA meletak jawatan.

Sementara itu, wakil daripada 36 ahli kelab gabungan KFA, Mohd Fuad Abdullah menjelaska­n mereka sebulat suara bersetuju dengan keputusan dibuat Ahli Majlis Eksekutif KFA.

“Kami menyokong penuh tindakan Ahli Majlis Eksekutif KFA sehingga kongres pemilihan jawatan baharu yang akan diadakan kelak dan menolak sebarang desakan mana-mana pihak supaya ahli politik melepaskan jawatan masing-masing.

“Presiden KFA banyak menyumbang tenaga daripada segi mendapatka­n penajaan dari syarikat milik kerajaan dan korporat dan hasilnya dalam tempoh dua tahun kita dapat lihat kejayaan dicapai.

“Persediaan pasukan yang sedang giat dijalankan akan terjejas untuk musim akan datang jika ada peralihan jawatan secara tergesa-gesa,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia