Harian Metro

Misi tebus maruah

-

Buriram: Skuad Harimau Malaya membawa dua misi penting pada aksi berdepan Korea Utara di Stadium I-Mobile, malam ini iaitu menyelamat­kan maruah negara dan jurulatih, Nelo Vingada.

Ia perlawanan kelima Harimau Malaysia dalam Kumpulan B, kempen kelayakan Piala Asia 2019 selepas gagal meraih sebarang kemenangan dan yang terbaru tewas 1-4 kepada Korea Utara di stadium sama, Jumaat lalu.

Justeru, tonggak pertahanan negara, Adam Nor Azlin

menegaskan dia dan rakan sepasukan akan bermain bermati-matian untuk mencapai dua misi penting itu.

“Sudah pasti fokus utama kami mendapatka­n kemenangan

(gambar)

kerana tiada pemain yang bermain untuk kalah. “Bagi perlawanan malam ini, misi kami untuk menebus maruah negara selain mahu membantu jurulatih, Vingada yang masih belum mengecapi sebarang kemenangan selepas membimbing pasukan kebangsaan,” katanya pada sidang media di Stadium I-Mobile, semalam.

Perlawanan malam ini bakal menjadi aksi sulung Adam bersama Harimau Malaya selepas hanya memanaskan bangku simpanan walaupun tersenarai dalam skuad sebelum ini.

Anak didik Vingada wajib mencatat kemenangan untuk menghidupk­an sisa perjuangan mereka ke pusingan akhir Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas menghuni kedudukan tercorot dengan mengumpul satu mata.

Selain itu, Adam menegaskan dia bersedia menjadi ‘kereta kebal’ di benteng pertahanan negara yang bolos empat kali pada aksi berdepan Korea Utara, Jumaat lalu.

“Sebelum ini saya sudah beraksi di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee (skuad B-22) dan saya fikir tiada masalah berganding­an dengan sesiapa pun di bahagian pertahanan.

“Apa yang penting, saya harap semua penyokong memberi sokongan padu kepada skuad kebangsaan dan kami akan cuba dapatkan keputusan positif bagi tahun ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia