Harian Metro

Tagih bisa Safiq

- Daripada Zulfaizan Mansor di Buriram, Thailand zulfaizan@bh.com.my

 Vingada anggap kapten pasukan itu miliki magis tersendiri bantu Harimau Malaya lakar kejutan pada aksi kedua

Sentuhan berbisa kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim ditagih jurulatih, Nelo Vingada untuk mengharung­i aksi kelayakan Piala Asia 2019 berdepan Korea Utara di Stadium I-Mobile, malam ini.

Menurut Vingada, Safiq pilihan terbaik yang beliau ada ketika ini untuk bertindak sebagai perancang utama Harimau Malaya selepas kembali daripada penggantun­gan kerana dilayang kad merah pada pertemuan dengan Hong Kong, bulan lalu.

Ketiadaan perancang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menyaksika­n persembaha­n serba tidak menjadi dipamerkan Harimau Malaya ketika tewas 1-4 kepada Korea Utara di stadium sama, Jumaat lalu.

“Dia (Safiq) terlepas aksi pertama (berdepan Korea Utara) kerana penggantun­gan, tapi dia tetap berada dalam senarai pemain ke sini (Buriram) dan berlatih bersama kami.

“Safiq pilihan terbaik yang saya ada. Jadi, saya percaya kehadirann­ya dapat melakukan perubahan dalam permainan pasukan ke arah yang lebih baik pada perlawanan malam ini,” kata Vingada.

Safiq yang juga bekas pemain Selangor bagaimanap­un berdepan isu peribadi sejak minggu lalu apabila video dia meluahkan kata-kata kesat terhadap pengkritik­nya selepas aksi final Piala Malaysia tular di media sosial.

Namun, dia perlu mengetepik­an seketika masalah di luar padang bagi mengelak sebarang tekanan kerana perlawanan malam esok cukup penting dalam menentukan sama ada Harimau Malaya masih berpeluang untuk melepasi saingan kelayakan atau sebaliknya.

Malaysia wajib menang ke atas Korea Utara untuk meneruskan sisa perjuangan mereka ke pusingan akhir kejohanan tertinggi Asia itu selepas hanya mengumpul satu mata daripada empat perlawanan.

Dalam perkembang­an lain, Vingada mengesahka­n dua tonggak pertahanan, S Kunanlan dan Fazly Mazlan serta pemain tengah, Syamer Kutty Abba kemungkina­n besar tidak dapat diturunkan kerana kecederaan.

Malah, Fazly dan Syamer dilihat tidak menyertai latihan bersama pasukan semalam dan difahamkan hanya melakukan proses pemulihan di hotel. Buriram: Jurulatih Korea Utara, Jorn Andersen menegaskan sudah merencana strategi lebih mantap untuk memburu tiga mata penting berdepan Malaysia pada aksi kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-Mobile, malam ini.

Andersen menjelaska­n, beberapa perubahan bakal dilakukan bagi mengelak perancanga­n mereka dikesan skuad Harimau Malaya yang turun dengan misi wajib menang.

Katanya, beliau tidak kisah mengenai perancanga­n Harimau Malaya kerana sudah beberapa kali melakukan analisis berkenaan corak permainan skuad kendalian Nelo Vingada itu.

“Saya sudah melihat semula video perlawanan Jumaat lalu (kelmarin) dan membuat analisa bagi membentuk strategi lebih mantap untuk perlawanan malam ini.

“Segala perubahan akan saya putuskan pagi esok, namun saya percaya kami mampu untuk menewaskan Malaysia sekali lagi.

“Mungkin bukan tugas mudah kerana Malaysia akan bermain mati-matian untuk menghidupk­an peluang mereka dan kami harus bersedia,” katanya pada sidang media di Stadium I-Mobile, semalam.

Korea Utara yang menghuni tangga kedua Kumpulan B selepas mengutip lima mata, memerlukan dua kemenangan lagi untuk mengesahka­n tempat ke pusingan akhir Piala Asia di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 2019.

Selain itu, Andersen mengakui terkejut apabila Vingada menyenarai­kan ramai pemain muda ketika pasukannya meraih kemenangan 4-1 di stadium sama, Jumaat lalu.

“Malaysia pasukan yang bagus, cuma saya terkejut mereka menurunkan ramai pemain muda. Tapi ia sebenarnya bagus untuk masa depan pasukan mereka,” katanya.

 ??  ?? KEHADIRAN Safiq diharap mampu meningkatk­an tahap permainan pasukan.
KEHADIRAN Safiq diharap mampu meningkatk­an tahap permainan pasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia