Harian Metro

Joseph ubah haluan

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my Attirmidzi­e Rahman sukanteam@nstp.com.my Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Selepas sah khidmatnya tidak lagi diperlukan oleh Pahang, Joseph Kalang Tie kini sedang memikirkan haluannya musim depan dengan Lembah Kelang atau utara tanah air menjadi destinasi untuk meneruskan karier.

Joseph, salah seorang daripada lapan pemain yang tidak dikekalkan skuad Tok Gajah musim depan berkata pengesahan yang dibuat oleh Persatuan Bola sepak Negeri Pahang (PBNP) baru-baru ini membolehka­n dia menimbang tawaran daripada pasukan lain.

“Sebelum ini saya masih mengharap untuk kekal bersama Pahang walaupun sudah mendapat bayangan kontrak saya mungkin tidak disambung.

“Walaupun hanya semusim bersama Pahang, namun ia tetap satu kebanggaan kepada saya kerana pernah mewakili Pahang, antara kuasa besar bola sepak Malaysia.

“Justeru, dengan kenyataan yang dikeluarka­n oleh pasukan itu baru-baru ini, saya sudah boleh memikirkan hala tuju seterusnya,” Kota Bharu: Kejayaan Pulau Pinang menjuarai Piala Emas Raja-Raja (PERR) kali ke-77 mengatasi Kelantan 2-1 kelmarin adalah hadiah untuk menggembir­akan rakyat Pulau Mutiara yang kecewa pasukan negeri mereka terjerumus ke Liga Perdana musim depan.

Perkara itu diakui Jurulatihn­ya, Abdul Rahim Hassan yang menganggap kemenangan itu dapat menghilang­kan rasa kecewa peminat bola sepaknya selain menamatkan penantian selama 15 tahun.

Katanya, kemenangan itu turut membuktika­n Pulau Pinang masih mempunyai kata Joseph ketika dihubungi di Kuching, Sarawak.

Menurut Joseph, 30, beberapa pasukan sudah merisik, namun setakat ini dua pasukan menunjukka­n kesungguha­n untuk mendapatka­n khidmatnya.

“Saya tidak boleh sebut nama pasukan, cuma boleh katakan satu dari Lembah Kelang dan sebuah lagi dari utara tanah air.

“Saya sedang menimbangk­an kedua-dua tawaran itu dengan keutamaan diberi kepada pasukan yang dapat memberi peluang bermain sekerap mungkin.

“Ini kerana, pada peringkat ini, kepuasan bermain menjadi keutamaan saya berbanding soal lain. Saya yakin jika dapat kerap bermain serta menunjukka­n kemampuan sebenar, soal gaji akan menyusul sendiri.

“Saya juga mahu menyertai pasukan yang mempunyai kesungguha­n untuk bergelar juara kerana sepanjang kira-kira 15 tahun bermain, baru dua kali saya memenangi piala.

“Saya ingin mengecapny­a bersama Pahang musim ini tapi sayang tidak kesampaian bila kami hanya muncul naib juara Piala FA dan Liga Super,” katanya.

Tiga bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Azamuddin Akil, S Chanturu dan R Gopinathan tidak lagi akan beraksi bersama juara Liga Super empat kali berturut-turut itu bermula musim depan.

Penggugura­n tiga pemain itu diumumkan sendiri Pengarah Sukan pasukan itu, Martin Prest menerusi akaun rasmi Facebook, Johor Southern Tigers (JST), semalam.

“Kami ingin mengucapka­n terima kasih dan selamat maju jaya kepada

Azammuddin Akil dan R Gopinathan yang berasal dari Pahang serta S Chanturu dari Kedah atas jasa dan bakti mereka ketika bersama kelab selama ini.

“Kerja keras dan dedikasi mereka sehingga berjaya menjulang beberapa piala sepanjang berkhidmat untuk JDT amat kami hargai,” katanya.

Kehilangan tiga pemain dilihat sudah berusia itu menguatkan lagi spekulasi beberapa bintang muda akan ke pasukan

“Ini semua berhasil atas berkat usaha semua pemain yang memberi komitmen tinggi sepanjang empat bulan walaupun pada awal kejohanan pasukan ini masih lagi tercari-cari rentak permainan,” katanya.

Biarpun beraksi di gelanggang lawan kelmarin, Pulau Pinang mampu menjulang Piala Emas Raja-Raja sekali gus pasukan itu menamatkan penantian selama 15 tahun.

Sementara itu, penolong jurulatih Kelantan, Sakri Hassan berkata pasukannya gagal memanfaatk­an kelebihan beraksi di tempat sendiri selain menyerap tekanan penyokong tuan rumah yang hadir memberi sokongan.

Bagaimanap­un, katanya setiap pemainnya sudah beraksi baik dan cuba sedaya upaya memenangin­ya cuma nasib belum menyebelah­i mereka.

“Kita akui pada awal permainan kita banyak menyerang dan memperoleh peluang awal namun gagal ditafsirka­n dengan jaringan.

“Namun semua itu berubah selepas pemainnya dikejutkan dengan gol minit terakhir Pulau Pinang menyebabka­n tekanan untuk mereka tetapi kita masih lagi bangkit selepas itu dengan mengikat mereka sehingga membawa ke 120 minit perlawanan.

“Apapun, saya menganggap ia bukan rezeki kita dan saya berharap semua pemain tidak berputus asa dan akan terus mencuba lagi dalam kejohanan ini untuk musim akan datang,” katanya.

 ?? Martin Prest ?? AZAMUDDIN Kerja keras dan dedikasi mereka sehingga berjaya menjulang beberapa piala sepanjang berkhidmat untuk JDT amat kami hargai”
CHANTURU
GOPINATHAN
Martin Prest AZAMUDDIN Kerja keras dan dedikasi mereka sehingga berjaya menjulang beberapa piala sepanjang berkhidmat untuk JDT amat kami hargai” CHANTURU GOPINATHAN
 ??  ?? SKUAD Pulau Pinang ceria ungguli Piala Emas Raja-Raja.
SKUAD Pulau Pinang ceria ungguli Piala Emas Raja-Raja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia