Harian Metro

Tawan toyol peti besi RM11,000

- Nasrawati Syarifuddi­n am@hmetro.com.my

Tiga lelaki yang melarikan peti besi berisi RM11,000 daripada sebuah kedai barangan perkakasan Jumaat lalu, ditahan polis di lokasi berasingan di Balung, Tawau, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, tangkapan pertama membabitka­n suspek berusia 24 tahun di rumahnya di Program Perumahan Rakyat

(PPR) Sri Balung, Jalan Apas, jam 3.30 petang.

“Pemeriksaa­n di rumahnya bagaimanap­un tidak menemui barangan curi. Suspek membawa kami ke lokasi barangan curi itu disembunyi­kan iaitu di tepi jalan berhampira­n Kilometer 28, Jalan Apas.

“Susulan tangkapan itu, kami menahan dua lagi suspek lelaki berusia 20 tahun dan 28 tahun di kediaman masing-masing di Taman Sawit, Balung serta PPR Sri Balung,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut beliau, wang tunai serta barangan rampasan berjumlah RM8,175 ditemui semula.

Fadil berkata, ketiga-tiga suspek yang juga warga tempatan kini direman. Pemeriksaa­n mendapati suspek pertama mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan

 3 lelaki pecah masuk kedai barangan perkakasan ditahan

kerana pecah masuk rumah.

Terdahulu, seorang pekerja kedai barangan perkakasan menghubung­i majikannya memaklumka­n premis itu dipecah masuk manakala peti besi berisi RM11,000 hilang.

 ??  ?? SUSPEK yang ditahan mencuri di kedai barangan perkakasan.
SUSPEK yang ditahan mencuri di kedai barangan perkakasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia