Harian Metro

Rumah baru usia emas

- Razik Zayad hmkk@hmetro.com.my

 Nenek gembira terima bantuan baik pulih kediaman

Hampir lima tahun tidur beratapkan zink berlubang dan beralaskan lantai reput, seorang nenek berusia 90 tahun gembira apabila terpilih menerima bantuan baik pulih rumah di Kampung Unggun, Parlimen Sepanggar, kelmarin.

Semah Silong hanya mampu mengalirka­n air mata gembira, selain berterima kasih kepada kerajaan yang meluluskan bantuan RM10,000 berkenaan.

Nenek kepada 10 cucu itu berkata, keadaan rumahnya terlalu uzur, malah dia pernah terjatuh di lantai dapur berikutan keadaan lantai yang reput dan berlubang.

“Ya, saya amat gembira dapat bantuan ini, terima kasih kepada semua yang membantu. Kini saya boleh tidur dengan selesa.

“Sebelum ini, setiap kali hujan, bahagian dalam rumah basah kerana atap zink berlubang,” katanya pada program baik pulih rumahnya.

Selain Semah, dua lagi penduduk kampung itu turut menerima bantuan sama sempena Program Pejabat Pembanguna­n Persekutua­n Negeri Sabah (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Sementara itu, Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris berkata, pihaknya berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang meluluskan peruntukan berkenaan.

“Kita diberikan kuota 100 unit rumah oleh ICU-JPM untuk membaik pulih rumah yang terpilih.

“Ia membabitka­n 30 rumah di peringkat Parlimen, 30 rumah di peringkat Dewan Undangan (DUN) Karambunai serta 40 rumah untuk DUN Inanam,” katanya.

Senarai penerima bantuan diperoleh daripada senarai e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sebahagian­nya juga daripada hasil lawatan rumah ke rumah sebelum ini.

 ??  ?? SEMAH mengukir senyuman apabila terpilih menerima bantuan projek baik pulih rumah.
SEMAH mengukir senyuman apabila terpilih menerima bantuan projek baik pulih rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia