Harian Metro

Pesakit mental ceria dibenar berlegar di kawasan hospital

-

Kuching: Inisiatif Hospital Sentosa, di sini, membiarkan pesakit mental berlegar di kawasan hospital tanpa mengunci pintu pagar sejak lima tahun lalu memberi kesan positif apabila pesakit menjadi lebih ceria.

Pengarah Hospital Sentosa Dr Ismail Drahman berkata, sebelum ini, lima pintu pagar perlu dilalui bagi memasuki wad pesakit mental di hospital berkenaan, namun sejak 2012, pihaknya tidak lagi mengunci semua pintu itu.

“Ia bagi memberi ruang dan kebebasan kepada pesakit mental di hospital berlegar di kawasan hospital, namun masih dalam pengawasan.

“Pada mulanya, ada kakitangan hospital bimbang konsep terbuka itu akan mendatangk­an masalah. Sebaliknya, sejak lima tahun dilaksanak­an, ia berjalan dengan baik.

“Sejak inisiatif ini dilaksanak­an, tiada kes mengenai pesakit mental yang menjalani rawatan terlepas daripada hospital ini,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya tidak pernah berdepan masalah walaupun pesakit berlegar di luar hospital, malah ada pesakit yang enggan keluar dari hospital selepas dirawat kerana gembira tinggal di pusat perubatan berkenaan.

Beliau ditemui pada Majlis Perasmian

Mural Hospital kelmarin.

Dr Ismail berkata, kini pesakit mental tidak lagi perlu dikurung dalam wad pesakit semata-mata kerana ada ubat membolehka­n mereka ditenangka­n dan mengawal diri.

“Sudah ada ubat khusus bagi merawat pesakit mental dan kami yakin, konsep mengurung pesakit dalam wad sudah tidak perlu.

“Tambahan pula, ia hanya menyebabka­n pesakit tidak mampu hidup berdikari di luar hospital,” katanya.

Ketika ini, 235 pesakit mental berusia 20 tahun sehingga 80 tahun dirawat di Hospital Sentosa. Lukisan Sentosa,

 ??  ?? DR Ismail (dua dari kanan) bersama pelajar UNIMAS menghiburk­an pesakit.
DR Ismail (dua dari kanan) bersama pelajar UNIMAS menghiburk­an pesakit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia