Harian Metro

CULIK, BUNUH, TANAM

 Lelaki dilarikan dua bulan lalu ‘dikubur’ tepi jalan

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@hmetro.com.my

Culik, bunuh dan tanam. Selepas dua bulan dilaporkan diculik sebelum dibunuh, mayat seorang lelaki yang juga pemilik kedai cuci kereta akhirnya ditemui polis ditanam di tepi jalan berhampira­n Taman Saga, Siliau dekat Rantau, kelmarin.

Mayat mangsa, B Sugumaran, 29, ditemui selepas sepasukan anggota forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menggali semula ‘kubur’ berkenaan, kira-kira jam 6 petang.

Penemuan ‘kubur’ berkenaan susulan kejayaan polis yang menahan seorang suspek minggu lalu yang dipercayai dapat membantu kes penculikan mangsa sebelum hasil soal siasat membawa polis ke lokasi berkenaan.

Mangsa dibunuh dengan kejam oleh kumpulan gengster yang menculikny­a pada 13 September lalu dipercayai akibat tidak berpuas hati berkaitan teman wanita mangsa.

Bapa saudara dikenali sebagai Gandaya, 43, berkata, anak saudaranya itu diculik tiga lelaki yang menggunaka­n sebuah kereta Honda City dari premis milik mendiang di Ampangan di sini.

Menurutnya, selepas mengetahui kehilangan Sugumaran, ahli keluarga membuat laporan di Balai Polis Sikamat pada keesokan hari.

“Keluarga juga pernah cuba menghubung­inya berulang kali tetapi gagal, malah usaha mengesan mendiang juga menemui jalan buntu.

“Berikutan kehilangan­nya juga, kami sekeluarga meraikan Deepavali pada 18 Oktober lalu dalam suasana sedih kerana bimbang memikirkan keselamata­nnya,” katanya ketika ditemui, semalam.

Katanya, selepas lebih sebulan kehilangan­nya, keluarga mendapat maklumat mengatakan mendiang diculik kumpulan gengster lalu membuat laporan polis sekali lagi bagi memaklumka­n kejadian itu.

“Susulan laporan itu, saya diberitahu yang polis menjalanka­n siasatan untuk mengesan Sugumaran dan penjenayah sebelum polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai dapat membantu kes berkenaan.

“Malangnya, kami dikejutkan dengan berita penemuan mayat Sugumaran yang dikatakan dibunuh dan mayatnya ditanam di tepi jalan di Siliau,” katanya.

Menurutnya, ahli keluarga turut ke lokasi penemuan mayat selepas dimaklumka­n polis.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk bedah siasat.

“Saya tidak sangka mereka sanggup membunuh anak saudara saya dengan kejam dan menanam mayatnya. Saya mahu mereka yang terbabit diheret ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh mengesahka­n kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

>>Sugumaran dibunuh penculik sebelum mayat ditanam di tepi jalan

 ??  ??
 ??  ?? LOKASI mayat Sugumaran ditanam penculik di tepi jalan berhampira­n Taman Saga, Siliau.
LOKASI mayat Sugumaran ditanam penculik di tepi jalan berhampira­n Taman Saga, Siliau.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia