Harian Metro

EJEK ‘RUMAH KAMBING’

> “Kerana malu diejek miskin dan tidur di rumah kecil seperti kandang kambing, anak saya berhenti sekolah sejak dua tahun lalu,” kata Sarina Musa, 32. Anak sulungnya, Khairul Nizam, 10, juga sering menangis dihina rakan sebaya disebabkan tidak mampu makan

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

“Kerana malu diejek miskin dan tidur di rumah kecil seperti kandang kambing, anak (sulung) saya berhenti sekolah sejak dua tahun lalu. Malah, dia juga menangis sambil bercerita perkara sama setiap kali pulang dari sekolah.”

Begitu kata Sarina Musa, 32, yang melakukan tiga pekerjaan untuk membantu meringanka­n beban suaminya, Fadli Jusoh, 36, yang mencari rezeki dengan mengutip kelapa berikutan kehidupan keluargany­a dicengkam kemiskinan.

Sarina berkata, anak sulung mereka Khairul Nizam, 10, berhenti sekolah ketika berada di tahun dua kerana diejek rakannya disebabkan tidak mampu membawa wang ke sekolah.

Katanya, pada masa sama anaknya juga berasa malu untuk bergaul berikutan tidak mampu makan di kantin sekolah seperti rakan sebayanya, selain berpakaian lusuh.

“Rentetan itu, anak kerap menangis sebelum saya mengambil keputusan memberhent­ikan persekolah­annya. Saya tidak mampu memberi keselesaan kepada mereka termasuk anak bongsu, Mustika Ayuni, 5, kerana suami hanya bekerja kampung dengan pendapatan RM20 sehari.

“Bagi meneruskan kehidupan, saya melakukan tiga pekerjaan sehari iaitu menyiang ikan di kedai membuat keropok dari jam 7 hingga 11 pagi, mencanting batik dari jam 11 pagi hingga 5 petang dan menampal batu serta manik pada tudung hingga jam 7 malam.

“Menerusi tiga pekerjaan itu, saya mendapat upah sekitar RM40 hingga RM50 sehari jika keadaan cuaca baik. Kalau hujan pendapatan merosot kerana tidak boleh menjemur ikan dan kain batik yang dicanting,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kedai Buloh, Jalan PCB, di sini, semalam.

Menurutnya, Khairul Nizam kini diberi tugas menjaga adiknya ketika dia tiada di rumah dan bersyukur kerana anak sulungnya itu sangat bertanggun­gjawab.

Katanya, dia berharap anak sulungnya akan dapat kembali semula ke sekolah untuk meneruskan pembelajar­an bagi mengubah nasib keluargany­a.

“Saya mahu lihat kedua-dua anak bersekolah dan berjaya dalam hidup memandangk­an kami tidak mempunyai harta.

“Buat masa ini saya tiada wang, nak makan pun susah. Kadang-kadang kami tidak makan kerana tiada duit dan terpaksa berhutang beras di kedai runcit berdekatan,” katanya.

Menurutnya, mereka tinggal di rumah usang bersaiz 3x3 meter persegi yang dipenuhi lubang dan menunggu masa untuk roboh di atas tanah bapanya Musa Ali, 65, dan ibu, Salma Umar, 50, sejak 10 tahun lalu.

“Rumah dibina suami menggunaka­n kayu terbuang dan zink terpakai kini semakin uzur. Kami tidak mampu menyediaka­n rumah yang selesa kerana tiada wang dan berharap ada pihak sudi menghulurk­an bantuan membaiki kediaman kami,” katanya.

Menurutnya, rumahnya itu juga tiada perabot, tilam atau katil dan mereka hanya tidur beralaskan kain setiap malam.

Orang ramai yang mahu membantu boleh menghulurk­an sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0301041000­268364 atas nama Fadli Jusoh.

Kami tidak makan kalau tiada duit dan terpaksa hutang beras Sarina

 ??  ?? 2tahun
tidak kesekolah maluhinaan
rakan
2tahun tidak kesekolah maluhinaan rakan
 ??  ?? SARINA bersama Khairul (kiri) dan Mustika Ayuni di tangga rumah mer eka.
SARINA bersama Khairul (kiri) dan Mustika Ayuni di tangga rumah mer eka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia