Harian Metro

HOTEL TEGAH BERTUDUNG DI KAUNTER

 Mufti Perlis mahu ketegasan syarikat amal diskrimina­si

- Amir Abd Hamid dan Suraya Roslan am@hmetro.com.my

Sokong mana-mana syarikat laku diskrimina­si diambil tindakan Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Mana-mana syarikat yang melakukan diskrimina­si terhadap wanita bertudung wajar diambil tindakan dan ditarik lesen perniagaan mereka.

Saranan itu diberikan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyifatka­n tindakan tidak membenarka­n kakitangan wanita yang bekerja di hotel barisan hadapan memakai tudung kononnya mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan menjadi amalan antarabang­sa sama sekali tidak wajar.

“Saya menyokong mana-mana syarikat yang melakukan diskrimina­si terhadap wanita bertudung diambil tindakan dan ditarik lesen perniagaan mereka.

“Umat Islam yang bertanggun­gjawab dan sesiapa saja yang peka terhadap hak asasi manusia mestilah memulaukan syarikat dan produk syarikat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya.

Katanya, satu senarai syarikat yang melakukan diskrimina­si harus disiarkan untuk pengetahua­n awam.

Bagi Pengerusi Majlis Ittihad Ummah Mohd Gunawan Che Ab Aziz, pengharama­n pemakaian hijab oleh kakitangan

barisan depan di hotel bertentang­an sama sekali dengan semangat Perlembaga­an Malaysia yang mendukung Islam sebagai agama persekutua­n.

“Tindakan ini bersifat prejudis dan diskrimina­si kepada agama serta boleh dikatakan juga sebagai satu bentuk penghinaan kepada golongan wanita khususnya beragama Islam.

“Kita masih boleh mempertika­ikan dakwaan pihak berkenaan mengatakan ia sebagai satu

amalan dunia berikutan di negara yang menyanjung kebebasan hak asasi manusia pun isu ini masih diperjuang­kan dan diperdebat­kan,” katanya.

Katanya, lebih malang perkara itu berlaku di Malaysia yang jelas mempunyai norma masyarakat timur tersendiri serta kedudukan sebagai negara Islam.

Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Datuk Syeikh Abd Halim Abd Kadir berkata, umat Islam wajib mempertaha­nkan kesucian Islam dengan menutup

aurat.

“Ada beberapa garis panduan sekiranya keadaan terpaksa yang boleh dipatuhi oleh umat Islam, tetapi menjadi keutamaan adalah kesucian agama perlu dijaga kerana menutup aurat perkara wajib untuk masyarakat Islam,” katanya.

Pendapat sama turut dikongsi Pengerusi Pembela merangkap Ketua Sekretaria­t Ummah Aminuddin Yahaya yang berpendapa­t amalan itu berbentuk diskrimina­si kepada wanita Islam.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia