Harian Metro

‘PAK REMPIT’ SAMA MENYIBUK

-

Johor Bahru: Kira-kira 160 penunggang motosikal termasuk mat rempit berusia 15 hingga 25 tahun menerima hukuman serta-merta apabila diarah menolak motosikal sejauh dua kilometer oleh pihak polis.

Semua mereka ditahan atas pelbagai kesalahan trafik ketika operasi bersepadu diadakan di Kempas, malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Johor, Superinten­dan Dzulkhairi Mukhtar berkata, tindakan itu bagi mengekang kegiatan lumba haram dikalangan golongan muda terutama pada hujung minggu.

Katanya, operasi selama enam jam itu membabitka­n kira-kira 76 anggota diketuai Pegawai Turus Penguatkua­saan Trafik Johor, Asisten Superinten­dan Fazree Mohd Ariff bermula jam 12 tengah malam.

“Kawasan berkenaan sering dijadikan sebagai trek lumba haram membabitka­n aksi berani mati mat rempit terutama pada waktu tengah malam.

“Malah operasi kali kedua ini selepas kali pertama dilaksanak­an Mac lalu di lokasi sama mendapati kumpulan mat rempit masih melakukan aktiviti sama, selain menunggang dalam keadaan berbahaya,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan mat rempit itu cuba melarikan diri daripada kepungan termasuk mengangkat motosikal ke laluan bertentang­an dan melawan arus.

“Bagaimanap­un taktik itu tidak menjadi. Mereka berjaya ditahan dan diarah menyorong motosikal masing-masing ke Balai Polis Dato Onn, di sini,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 152 saman dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan termasuk dua penunggang motosikal dikenakan tindakan mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkut­an Jalan 1987 kerana menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu.

“Dua penunggang motosikal itu didapati menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu bagi mengelak diberkas pihak berkuasa ketika melakukan kesalahan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada 160 penunggang motosikal diarah menolak motosikal
sejauh dua kilometer atas pelbagai kesalahan trafik ketika operasi bersepadu
diadakan di Kempas, Johor Bahru.
SEBAHAGIAN daripada 160 penunggang motosikal diarah menolak motosikal sejauh dua kilometer atas pelbagai kesalahan trafik ketika operasi bersepadu diadakan di Kempas, Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia