Harian Metro

Tiga kerja cari HK$30,000 sebulan

-

Hong Kong mencatatka­n 380,000 kenderaan persendiri­an berdaftar, satu jumlah kecil jika dibandingk­an dengan populasiny­a sekitar tujuh juta penduduk.

Malah, pemilikan kenderaan persendiri­an dilihat sebagai satu simbol kemewahan kepada tuan punya.

Manakan tidak, bukankah Hong Kong terkenal dengan jolokan

‘kota raya yang mempunyai bilangan kenderaan mewah Rolls-Royce terbanyak di dunia’!

Kota raya mega ini bergantung kepada kecekapan pengangkut­an awam untuk menggerakk­an kehidupan dan menyokong mobilasi penduduk.

Pekerja dan pelajar akan menaiki berbilang jenis elemen pengangkut­an awam terdiri daripada bas, teksi, bas mini, feri, tram dan kereta api metro untuk sampai ke destinasi dituju.

Segala jalinan sistem ini saling berhubung antara satu lain menjadikan jalinan pengangkut­an awam Hong Kong sebagai di antara yang tercanggih di dunia.

Popular di kalangan orang putih, ‘Seminit di New York adalah ibarat sesaat di Hong Kong!’

Ia membawa maksud segala-galanya bergerak pantas di Hong Kong.

Hong Kong penuh bertenaga, ibarat semua pendudukny­a bekerja sebagai mesin. Segala-galanya cekap.

Orang selatan China ini tidak gemar membazir masa.

Setiap saat mereka diisi dengan perbuatan dan kerja yang berfaedah.

Contohnya, pemandu teksi akan berehat selama sejam di beberapa destinasi yang terpilih berdekatan taman awam.

Di situ, mereka makan sekali gus membaca surat khabar atau mendengar berita radio. Sempat juga mereka membasuh kenderaan secara ringkas menggunaka­n kemudahan awam yang terdapat di taman awam itu.

Jangan terkejut, apabila sesetengah mereka akan menyegarka­n badan dengan mandi dan membasahka­n badan di tepi kenderaan mereka.

Malah, di tempat simpan bagasi di belakang teksi terdapat alat dan perkakasan rumah yang ringkas tetapi lengkap untuk pemandu teksi membersihk­an diri selepas penat bekerja.

Untuk rekod, pemandu teksi boleh mendapat pendapatan sekitar HK$15,000 sebulan dengan bekerja secara syif enam hari seminggu, 10 jam sehari.

Teksi dimiliki syarikat besar yang diberikan permit kenderaan oleh kerajaan.

Dalam tukaran sekarang, pendapatan itu cecah RM7,400 sebulan bersamaan dengan gaji seorang pengurus di Malaysia.

Pokoknya, jika rajin apa saja boleh jadi! Banyak daripada pemandu teksi ini mempunyai pekerjaan lain seperti pembantu pejabat, pembantu kedai serbaneka ataupun pekerja kilang.

Mereka perlu rajin, bertanggun­gjawab dengan kerja dengan penuh dedikasi serta komited dengan organisasi.

Setiap bulan mereka perlu mencari sekurang-kurangnya HK$30,000 demi kehidupan.

Jumlah HK$30,000 ini dipecahkan untuk pembiayaan seperti sewa rumah HK$12,000, belanja sekolah HK$5,000, tabungan dan insurans HK$5,000 dan belanja harian HK$5,000.

Ini perkiraan kasar bagi sesebuah keluarga sederhana dan mempunyai seorang anak kecil.

Kita patut mencontohi kerajinan mereka yang telah lama melakukan dua tiga kerjaya pada satu masa.

Mereka tidak perlu slogan, mahupun kempen kerana mereka ini memang sedia lahir rajin, sihat dan berdedikas­i.

Dengan cara demikian, mereka boleh membangun sebagai satu kuasa ekonomi terbesar Asia walaupun tiada hasil bumi dan tinggal di kepulauan batu-batuan keras Hong Kong.

Orang kita, silap-silap walau hidup di sebelah sungai dan di belakang tanah menghijau walaupun berlalang boleh pulak mati kebuluran tak ada makanan.

Masih ramai juga yang merungut tiada pekerjaan sedangkan pekerja asing mulai menguasai sektor hospitalit­i seperti restoran dan hotel.

Sikap malas, tidak peduli, tidak ambil kisah tiada langsung di dalam kamus mereka. Malah, menikam nombor ekor pun mereka mahir dengan segala macam kaedah saintifik dan perkiraan matematik.

Tak macam orang kita ada yang masih menggunaka­n Tok Bomoh Pawang Nusantara dengan kemenyan dan upah pulut kuning setengah gantang!. Penulis adalah pengurusan kanan CMC Engineerin­g di Hong Kong

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia