Harian Metro

Sajian baru Domino’s

-

Shah Alam: Tarik keju puas-puas. Itu produk terbaru yang diperkenal­kan Domino’s bagi penggemar keju yang boleh didapati di semua rangkaian seluruh negara bermula 13 November ini.

Cheese Tarik Crust dicipta dengan penuh teliti dan ia menggunaka­n mozzarella berkualiti tinggi seiring dengan nama Domino’s yang memperkena­lkan sensasi keju dalam setiap sajian mereka.

Pengurus Besar Kanan Operasi Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree Ab Rahman berkata, sajian terbaru itu menggunaka­n teknik khas dalam membuat kerak piza yang lebih berkeju.

“Ia mengetenga­hkan rasa keju cheddar yang terletak di dalam kerak yang ditabur dengan parmesan, kemudian dibakar sempurna.

“Mereka boleh rasai sendiri bagaimana menarik keju yang selalunya simbolik dengan hidangan teh tarik kini boleh didapati dengan hidangan ini,” katanya ketika pelancaran Cheese Tarik Crust di Domino’s Seksyen 13 di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengurus Besar Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Linda Hassan.

Shamsul Amree berkata, hidangan itu seiring permintaan masyarakat di negara ini yang menggemari hidangan berkeju.

“Dalam sebulan kita keluarkan 80,000 kilogram keju dan setahun 960,000 kilogram keju digunakan dalam setiap hidangan keju di Domino’s.

“Malah hampir 20 peratus pelanggan kami meminta lebihan keju dalam hidangan mereka setiap tahun,” katanya.

Katanya, sempena produk baru itu Domino’s menganjurk­an cabaran Cheese Tarik Malaysia yang pertama.

“Pertanding­an ini bermula dari 27 November ini sehingga 24 Disember depan dengan cabaran menarik sejauh mana keju dalam Cheese Tarik Crust.

“Ambil sekeping gambar keju yang ditarik dengan gaya paling kreatif dan muat naik dengan tag @DominosMy; #CheeseTari­kChallenge di Facebook, Instagram atau Twitter bagi memenangi bekalan piza untuk sepanjang tahun,” katanya.

 ??  ?? SHAMSUL Amree (tengah) menunjukka­n produk terbaru di Domino’s Seksyen 13, Shah Alam.
SHAMSUL Amree (tengah) menunjukka­n produk terbaru di Domino’s Seksyen 13, Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia