Harian Metro

‘RESTORAN’ DADAH

 Dalang bela itik, burung ‘sorok’ port mat gian 24 jam

- Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

Kajang

Sebidang tanah rezab di tepi landasan kereta api di Taman Kajang Utama, di sini umpama ‘syurga dunia’ buat ratusan penagih dadah melepas gian tanpa perlu bimbang ditahan malah kawasan itu turut menyediaka­n perkhidmat­an pembelian dadah jenis heroin 24 jam sehari.

Tokan dadah yang dipercayai beroperasi di kawasan berkenaan juga turut menjadikan kawasan tanah rezab itu sebagai lokasi menternak ayam, itik serta burung merpati bagi mengaburi mata penduduk setempat.

Kawasan itu turut ditanam pokok pisang dan pokok kelapa sawit selain dibina bangsal bagi memastikan penagih selesa ketika melepas gian.

Sarang dadah antara terbesar di Selangor itu dikesan mula beroperasi sejak 2012 dan menjadi tumpuan penagih walaupun berpuluh operasi dilakukan polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Terbaru, pihak AADK dibantu Perbadanan Aset Keretapi, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), Ahli Majlis Zon 22, polis, Majlis Perbandara­n Kajang dan penduduk setempat menjalanka­n operasi memusnahka­n kawasan itu bermula jam 8 pagi semalam.

Ketua Pegawai AADK Hulu Langat, Muhamad Ramlan

Syed Ahmed berkata, sejak Januari hingga Oktober lalu, seramai 78 penagih dadah ditangkap dalam lebih 22 operasi di sarang itu yang dipercayai beroperasi 24 jam setiap hari.

Menurutnya, ‘pembekal dadah’ turut membina bangsal kayu memudahkan penagih dadah melepas gian.

“Dahulu kawasan itu kecil sahaja, hanya terdapat kanvas sebagai tempat berteduh dan sekadar mampu menempatka­n 15 hingga 20 individu pada satu masa.

“Namun jumlah penagih yang berkumpul di sini bertambah berikutan permintaan menggalakk­an daripada penagih dadah di sekitar Kajang serta akses keluar masuk yang mudah.

“Malah, kami pernah tangkap pemandu lori yang singgah di situ membeli dadah dengan hanya memberhent­ikan lori di seberang jalan dan mengambil bekalan,” katanya kepada Harian Metro.

Ramlan berkata, sarang penagih itu antara yang utama di Kajang dan ‘penyedia’ bersedia membuka kawasan baru di lokasi sama sekiranya tempat sedia ada dipenuhi pelanggan.

“Di sarang itu, mereka menggunaka­n konsep seperti restoran iaitu boleh beli, nikmati di kawasan itu atau bawa pulang. Ketika operasi pembersiha­n dijalankan, kami menemui banyak peralatan menghisap dadah.

“Mereka turut menjadikan kawasan itu sebagai rumah kedua dengan penemuan perigi yang dipercayai digunakan sebagai sumber air dan haiwan ternakan seperti ayam, itik serta burung merpati,” katanya.

Katanya, penagih dadah di sarang itu menggunaka­n dadah jenis heroin.

“Dalam operasi pembersiha­n, kami musnahkan semua tempat dengan merobohkan dan membakar bangsal yang dibina. Kami akan terus pantau kawasan itu bagi mengelakka­n sarang penagih dibina semula. Selain itu, kami akan mengadakan operasi lebih kerap bagi mengekang masalah penyalahgu­naan dadah di daerah ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ?? 10&11 ??
10&11
 ??  ?? PENAGIH yang ditahan dalam operasi pembersiha­n sarang dadah.
PENAGIH yang ditahan dalam operasi pembersiha­n sarang dadah.
 ??  ?? OPERASI pembersiha­n bermula dari jam 8 pagi.
OPERASI pembersiha­n bermula dari jam 8 pagi.
 ??  ?? SARANG penagih dadah yang terkenal di kawasan Kajang
digempur pihak berkuasa.
SARANG penagih dadah yang terkenal di kawasan Kajang digempur pihak berkuasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia