Harian Metro

Tergesa-gesa tanda kertas Fizik

-

Sabak Bernam: “Arwah (Khairul Anuar) sempat menanda kertas peperiksaa­n subjek Fizik lebih awal Sabtu lalu selain berkongsi analisis di Facebook (FB). Tidak sangka itu petanda dia pergi buat selama-lamanya,” kata Amirul Hadi Jamaludin, 31.

Amirul Hadi sahabat baik Khairul Anuar Salim, 30, yang meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Terusan Utama Parit Empat, Sungai Besar, awal pagi semalam.

Ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) di sini, Amirul Hadi berkata, tindakan Khairul Anuar yang juga seorang guru menanda kertas peperiksaa­n dengan pantas menimbulka­n tanda tanya kepadanya dan rakan lain.

“Biasanya arwah tidak suka berkongsi hal peribadi dalam laman sosial malah lebih suka bercerita kepada saya dan dua lagi rakan.

“Apabila arwah menulis status itu di FB, tidak terdetik perkara buruk dalam hati sehingga dimaklumka­n rakan sekerja hari ini (semalam) yang memaklumka­n arwah sudah tiada,” katanya.

Amirul Hadi berkata, arwah yang mengajar subjek Fizik disifatkan seorang yang ceria dan periang selain disayangi warga Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar.

“Sepatutnya, hari ini (semalam), arwah ditugaskan mengumpul pelajar peringkat menengah bagi pertanding­an debat bahasa Melayu di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor pada 23 November ini.

“Malah, arwah turut dilantik sebagai hakim Pertanding­an Debat Peringkat Kebangsaan MRSM Se-Malaysia yang pertama kali diadakan di maktab ini,” katanya.

Menurutnya, walaupun sibuk dengan pelbagai tugas, arwah yang berasal dari Tampin, Negeri Sembilan itu turut mengorbank­an masa hujung minggu dengan berulang-alik ke kampung bagi menziarahi ibunya yang sakit.

 ??  ?? WARGA MRSM Sungai Besar mengangkat jenazah Allahyarha­m Khairul Anuar (gambar kecil).
WARGA MRSM Sungai Besar mengangkat jenazah Allahyarha­m Khairul Anuar (gambar kecil).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia