Harian Metro

Pengurus meninggal dunia dalam pesawat

-

Kuala Lumpur: Pengurus Bahagian Pemasaran dan Komunikasi Biro Pameran dan Konvensyen Malaysia (MyCEB), Manisa Mohamed Nor, 39, meninggal dunia ketika dalam penerbanga­n dari ibu kota ke London, Sabtu lalu.

Manisa meninggal dunia ketika menaiki pesawat British Airways, BA34 bersendiri­an.

Kejadian itu menyebabka­n pesawat dinaiki melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Esenboga, Ankara, Turki.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Datuk Zulkefli Sharif berkata, arwah dalam perjalanan menghadiri persidanga­n Persatuan Konvensyen dan Kongres Antarabang­sa (ICCA) ke-56 di Prague, Republik Czech bermula semalam sehingga Rabu.

“Beliau pergi ke Prague selepas memenangi geran ditaja Jawatankua­sa Penganjur Kongres ICCA 2016 di Kuching,

Sarawak, tahun lalu.

“Punca kematianny­a belum dikenal pasti dan jenazah Manisa akan dibawa pulang ke Malaysia dengan penerbanga­n Turkish Airlines dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa

Kuala Lumpur pada jam 5.20 petang esok,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Katanya, arwah akan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Ampang selepas waktu Isyak.

 ??  ?? MANISA
MANISA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia