Harian Metro

Tolak menyanyi di premis arak, GRO

-

Kuala Lumpur: Penyanyi Ameng Spring tetap dengan pendiriann­ya menolak tawaran menyanyi di pusat hiburan yang menyediaka­n minuman keras dan menawarkan perkhidmat­an pelayan pelanggan (GRO).

Penyanyi yang popular dengan lagu Sampai

Hati ini pernah mengeluark­an kenyataan sedemikian sebaik dibebaskan dari Penjara Kluang, Johor pada 14

Jun tahun lalu.

Ameng, 49, atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail berkata, dia banyak menerima tawaran menyanyi di tempat sebegitu namun ditolak secara baik.

“Sejak dibebaskan, saya banyak menerima tawaran menyanyi di tempat seperti itu.

“Sejak dalam penjara,

Sejak dalam penjara, saya sudah bertekad untuk menjauhkan diri daripada menyanyi di tempat yang ada benda haram”

Ameng

saya sudah bertekad untuk menjauhkan diri daripada menyanyi di tempat yang ada benda haram,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ameng, justifikas­i haram dimaksudka­nnya ialah tempat menjual minuman keras dan pergaulan bebas serta menawarkan GRO.

“Saya tidak mahu dilihat seolah-olah mempromosi­kan lokasi ini. Ia bukan lagi sekadar saya nak menghiburk­an, tetapi matlamatny­a sudah lari.

“Daripada orang tidak kenal tempat itu, tetapi hadir untuk menonton persembaha­n saya, perkara sebaliknya berlaku apabila mereka kenal lokasi ini dan tahu apa yang ada di dalamnya,” katanya.

 ??  ?? AMENG
AMENG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia