Harian Metro

Jumlah penagih menurun 37 peratus

-

Kuala Lumpur: Jumlah penagih direkodkan dari Januari hingga Julai tahun ini menurun kepada 11,733 penagih berbanding 18,654 individu bagi tempoh sama pada 2016.

Penagih itu dikesan di seluruh negara mengikut status kes, jantina, bangsa dan umur bagi tempoh Januari hingga Julai lalu.

Menurut statistik dikeluarka­n Agensi Anti Dadah kebangsaan (AADK), jumlah penagih yang dikesan itu merekodkan penurunan 37.1 peratus.

Bagi tempoh sama juga, didapati penurunan sebanyak 38.7 peratus bagi status penagih baru manakala peratusan dicatat bagi penagih berulang pula sebanyak -32.4 peratus.

Penagih lelaki dikesan terus mendominas­i 95.9 peratus (11,254 orang) berbanding penagih wanita 4.1 peratus (479 orang).

Statistik turut mendapati, bangsa Melayu mendominas­i 80.5 peratus iaitu bersamaan 9,444 penagih, diikuti Cina dan India masing-masing sebanyak 8.3 peratus (972 orang) dan 7.2 peratus (840 orang) bagi tempoh Januari sehingga Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia