Harian Metro

Minta idea masyarakat laksana pindaan DDN

-

Nilai: Pandangan dan idea orang ramai diperlukan bagi melaksanak­an pindaan ke atas Dasar Dadah Negara (DDN) yang akan menjadi panduan utama dalam usaha memerangi penyalahgu­naan dadah di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, orang ramai boleh menyalurka­n pandangan mereka menerusi laman web Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sehingga hujung bulan ini.

Menurutnya, proses pindaan DDN sedang dijalankan dan ia dijangka dilancarka­n Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bulan depan.

Katanya, dasar itu kelak akan menjadi rujukan dan panduan utama dalam usaha memerangi dadah di negara ini.

“Dasar itu menggarisk­an lima teras utama iaitu teras pencegahan, rawatan dan pemulihan, penguat kuasaan, penguranga­n kemudarata­n dan kerjasama antarabang­sa yang akan digunakan dalam memerangi dadah.

“Selepas ini, aktiviti penguat kuasaan hanya akan dilakukan polis, manakala AADK pula membabitka­n tugas rawatan dan pemulihan,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Perangi Dadah Kebangsaan 2017 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah AADK Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin dan Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Musa Ahmad.

Seramai 1,626 peserta membabitka­n ahli Jawatankua­sa Pemulihan Dadah (JKPD), 928 ahli Jawatankua­sa Caring Community House (CCH) dan 323 ahli Lembaga Pelawat Pusat Pemulihan Narkotik (ALP) seluruh negara menyertai konvensyen itu.

Katanya, menjadi hasrat kerajaan menggerakk­an pembabitan semua pihak dan masyarakat dalam membantera­s dadah habis-habisan selain membentuk sukarelawa­n dalam kerja pemulihan.

 ??  ?? NUR Jazlan melawat pameran dadah di USIM.
NUR Jazlan melawat pameran dadah di USIM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia